suria

'Kak Lina Pom Pom' Belum Sedia Kahwin Lain

Elly Mazlein belum terfikir untuk mencari pengganti bagi mengisi kekosongan hatinya. Foto Ihsan Instagram @iamellymazlein
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein yang kini gemar membahasakan dirinya "Kak Lina Pom Pom" belum terfikir untuk mencari pengganti bagi mengisi kekosongan hatinya selepas bercerai dengan pengarah, Azmi Hatta tahun lalu.

Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, berkata, dia tidak bersedia kerana perhatiannya kini adalah untuk membesarkan bayi perempuannya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lapan bulan.

"Selepas apa yang saya lalui sebelum ini saya belum terfikir tentang mencari pengganti tambahan pula anak saya masih kecil dan memerlukan perhatian.

"Jika bercinta nanti memerlukan komitmen yang tinggi dan saya tidak mahu mengabaikan anak.

"Biarlah dahulu lagipun saya pernah merasai perasaan disayangi, bercinta, berkahwin dan bercerai, ia bukan satu keutamaan buat masa ini," katanya kepada mStar Online.

Elly dan Azmi, 40, berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober tahun lalu ketika Elly hamil empat bulan.

Elly dan anaknya, Putri Sara Sefhia.

Bagaimanapun kata Elly, dia tidak menafikan ada yang cuba mendekatinya namun dia tidak terlalu memikirkan soal tersebut.

Dalam pada itu, Elly berkata, walaupun kini jadual seninya padat namun dia tetap akan membawa anaknya ke mana sahaja kerana tidak mahu berenggang dengannya.

Kata Elly, sekiranya dia terpaksa meninggalkan Sefhia, bapanya akan membantu menjaga anaknya dengan bantuan pembantu rumah.

"Sekarang ini jika saya hendak pergi kerja dan terpaksa tinggalkannya saya terpaksa menyorok kerana dia mula merengek dan enggan berenggang dengan saya.

"Sebab itu jika boleh saya akan bawa dia ke mana sahaja saya pergi kerana tidak mahu jadikan alasan kesibukan saya untuk mengabaikannya.

"Alhamdulillah setakat ini saya memang selalu bawa dia ke mana sahaja. Bapa dan pembantu juga banyak membantu saya menjaganya," jelasnya.

Elly yang kembali popular dalam rancangan Gegar Vaganza 3

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain