suria

Penyanyi Indonesia, Indah Edrea Teruja Dapat Karya Hazami

Indah Edrea mahu melebarkan karier nyanyiannya di Malaysia. Foto IBRAHIM MOKHTAR

KUALA LUMPUR: Penyanyi baru dari Indonesia, Indah Edrea meluahkan rasa terujanya apabila impian untuk berkolaborasi bersama komposer Malaysia hampir tercapai apabila Hazami sedia memberikan sebuah karya kepadanya.

Indah atau Indah Pratiwi Subrato, 27, berkata, dia melihat situasi itu sebagai satu permulaan yang baik dalam usaha untuk melebarkan kerjaya seninya di Malaysia dibantu oleh syarikat Cloudworks Record yang membantu urusan promosinya di negara ini.

"Saya dimaklumkan lagu-lagu ciptaan Hazami sememangnya bagus dan saat diberitahu kesudian Hazami untuk memberikan sebuah karya ciptaannya untuk mini album saya nanti, pastinya saya rasa terharu dan teruja!

"Saya pasti ia sebuah lagu balada dan rasa seperti tidak sabar-sabar  untuk merakamkannya sebagai buah tangan pertama dari komposer Malaysia selepas single pengenalan 'Pergilah Bersamanya' ciptaan Bemby Noor dilancarkan di Jakarta, Oktober lalu,” katanya kepada mStar Online.

Indah Edrea teruja dapat bekerjasama dengan penyanyi dan komposer Hazami.

Indah ditemui di Anugerah ERA Digital Music 2016 yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini, pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, Indah yang kini berada di Malaysia untuk urusan promosi single pertamanya mengakui agak dengan program yang diaturkan oleh team promosinya.

"Dari memasuki konti-konti radio sehinggalah ke stesen televisyen, syukur semuanya berjalan dengan lancar dan di sini saya harus berterima kasih kepada semua pihak yang membantu terutama team promosi saya, Cloudworks Record,” katanya.

Apa yang lebih menarik kata wanita tinggi lampai ini lagi, lagu 'Pergilah Bersamanya' sudah mula dilancarkan dalam format karaoke dan berada di pusat-pusat karaoke popular di Indonesia.

Dalam perkembangan lain, kata gadis kelahiran Karawang 7, Indonesia ini lagi, dia berasa sedikit ralat kerana kesibukannya di Malaysia membuatkan dia belum sempat menikmati roti canai mamak.

"Hampir seminggu di sini, saya belum sempat makan roti canai mamak yang cukup popular diperkatakan di Indonesia kerana karinya yang 'power'.

"Mungkin saya berkesempatan mencubanya pada bulan depan kerana saya akan datang lagi ke sini untuk urusan kerja seni yang perlu diselesaikan,” katanya.

Indah Edrea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan