Malah Ziana atau nama sebenarnya Siti Rozaina Zain berkata, dia juga semakin rindu untuk kembali beraksi di hadapan kamera sebagai pelakon.
"Kalau tawaran yang diberikan sesuai dengan masa dan mempunyai jalan cerita yang bagus, mengapa tidak (kembali berlakon)?
"Saya sendiri memang rindu nak berlakon lagi. Tapi memandangkan anak-anak masih kecil, saya perlu memilih supaya ia tidak menggangu tugas sebagai isteri dan ibu," katanya kepada mStar Online.
"Janganlah nak demand, kita patut bersyukur dan terima seadanya. Dulu kita tengok orang, sekarang zaman kita pula (bawa watak ibu).
"Dengan cara itu kita akan rasa lebih dihargai, dihormati dan saya mahu grow old gracefully.
"Apa yang penting ialah jalan cerita, kalau bagus dan menarik, saya tak kisah," katanya.
Kali terakhir Ziana berlakon ialah menerusi telefilem Mati Tunggu Sekejap arahan Rashid Sibir pada Oktober tahun lalu.
Namun menurut Ziana, dia lebih selesa untuk berlakon menerusi karya berunsur kekeluargaan berbanding komersial yang terlalu ringan.
"Sebagai pelakon yang sering disajikan dengan jalan cerita yang lengkap dengan unsur kekeluargaan, pengajaran dan cinta, saya perlu memilih sebelum bersetuju untuk kembali berlakon.
"Tapi sekarang banyak cerita untuk orang muda. Bagi saya kalau jalan cerita sekadar hiburan tapi tak ada pengajaran... tak menarik juga," katanya.