suria

Kemelut Berpanjangan, Adi Putra Fail Cerai Terhadap Aida

Adi Putra dan isterinya, Aida Yusof. Foto Instagram @adpadiputra

PETALING JAYA: Usaha pelakon Adi Putra untuk menyelamatkan rumah tangganya yang sebelum ini pernah dilanda badai tidak berjaya apabila dia mendaftarkan permohonan untuk bercerai dengan isteri pertamanya Aida Yusof.

Pendaftaran itu dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur dekat sini pada 3 Mac lalu.

Sumber memaklumkan kepada mStar Online, kes berkenaan akan disebut dalam masa terdekat.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 36, gagal kerana aktor itu yang berada di Mekah ketika ini sibuk menguruskan jemaah mengerjakan umrah.

Adi yang berasal dari Singapura berkahwin dengan Aida atau Zuhaidah Yusof, 42,  pada 14 April 2006.

Mereka tidak dikurniakan anak apabila Aida sering kali mengalami keguguran namun mempunyai seorang anak angkat iaitu Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Sebelum ini Adi pernah memfailkan perceraian terhadap Aida pada 11 Mei 2012 namun ia ditarik balik tidak lama kemudian selepas mereka mahu menyelesaikan kemelut yang dihadapi dengan sebaik mungkin.

Tidak lama kemudian dunia hiburan dikejutkan pula apabila tersebarnya gambar perkahwinan rahsia Adi dengan seorang wanita iaitu Norshahida Dzolkifly, 33, pada 20 Jun 2016.

Adi Putra, Aida Yusof

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan