suria

"Rumah Tangga Adalah Isu Peribadi" - Menantu Chef Wan

Serina dan Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar bersama dua anak mereka.

PETALING JAYA: Gavin Edward O'Luanaigh iaitu suami kepada pelakon Serina Redzuawan menggesa supaya isu perceraian membabitkan rumah tangga mereka tidak dihebahkan kepada umum.

Walaupun lelaki yang berasal dari Ireland itu tidak menyebut sebarang nama, umum mengetahui bahawa bapa mertuanya iaitu chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sebelum ini mengulas secara terbuka mengenai kedudukan rumah tangga anak perempuannya itu.

"Serina dan saya sendiri masih cuba untuk menyelesaikan segala-galanya dengan baik dan kami berdua mengambil kira kepentingan anak-anak.

"Amat sedih apabila saya terpaksa menulis mengenai perkara ini secara terbuka kerana hasrat saya dan juga Serina adalah untuk menjaga perkara ini sebagai isu tertutup dan peribadi.

"Saya benar-benar berharap agar ahli keluarga yang mengharapkan perkara terbaik untuk anak dan cucu mereka supaya boleh bertanya kepada Serina dan saya sendiri dan bukannya menyatakan secara terbuka kepada dunia luar," kata O'Luanaigh menerusi kenyataan pada Isnin.

Serina dan O'Luanaigh ketika majlis pernikahan mereka pada 2010.

O'Luanaigh menjelaskan bahawa dia sentiasa menyokong kerjaya dan cita-cita Serina dan tahu isterinya itu tidak mahu hanya menjadi seorang suri rumah.

Tambah O'Luanaigh, dia sentiasa memastikan perbelanjaan keluarganya mencukupi dan membiarkan Serina berbelanja mengikut kemahuannya sendiri.

"Saya tidak kisah dengan semua perbelanjaan itu kerana ia adalah tugas saya untuk keluarga dan saya sedar mengenai tanggungjawab saya sebagai seorang suami untuk menyediakan semua keperluan dengan sewajarnya," katanya.

Bagaimanapun O'Luanaigh berkata segalanya musnah apabila Serina berpindah keluar dari rumah mereka pada Januari 2016 dan memfailkan perceraian.

"Saya tidak tahu dan masih tidak faham mengapa dia meninggalkan saya kerana tidak diberitahu.

"Bagaimanapun saya berharap penyelesaian terbaik boleh dicari dan perkahwinan ini dapat dipulihkan.

"Walaupun tidak tahu ke mana dia pergi dan di mana dia tinggal, saya percaya tiada mana-mana pihak ketiga terlibat dalam isu ini kerana saya percaya dengan Serina. Saya sanggup menunggu agar dia berfikir tentang tindakannya dan keluarga kami," katanya.

Sebelum ini Chef Wan menerusi laman Instagram miliknya mengulas secara terbuka mengenai isu perceraian Serina termasuk berhubung tanggungjawab menantunya itu.

Pasangan itu berkahwin pada Januari 2010 dan mempunyai dua orang anak.

"Anak-anak kami iaitu Tristan (enam) dan Isabella (lima) berada di rumah kami dan sejak 15 bulan lalu saya telah melakukan segala-galanya untuk menjaga mereka sebaik mungkin," kata O'Luanaigh lagi.

Selain itu dia melahirkan harapan agar pihak media dan orang ramai supaya memberi ruang kepada keluarganya.

Serina Redzuawan

Artikel Berikut

Artikel Lain