suria

Nabil Terus Diberi Kepercayaan Jadi Hos HBO Sentral

HBO Sentral menyajikan pelbagai maklumat dan perkembangan terkini dunia hiburan.

PETALING JAYA: Selepas diberi peranan membuat liputan di karpet merah Anugerah Akademi ke-89 Februari lalu, pengacara Nabil Ahmad terus mendapat kepercayaan untuk mengendalikan rancangan HBO Sentral bagi musim keempat.

Bakal memulakan siaran pada 30 April ini, program bulanan dalam bahasa Malaysia itu menyajikan pelbagai panduan serta maklumat terkini berkaitan dunia hiburan yang ditawarkan oleh saluran HBO, iaitu HBO dan Cinemax.

"Selepas menerima sambutan hangat daripada peminat di Malaysia, Nabil akan terus menerajui HBO Sentral sepanjang 12 episod.

"Berbekalkan pengalamannya bersama HBO, Nabil akan terus berinteraksi bersama penonton dengan caranya yang menawan," demikian menurut kenyataan HBO.

Nabil dipilih mengacarakan HBO Sentral bermula musim kedua pada 2015.

Untuk rekod Nabil mengendalikan HBO Sentral bermula musim kedua pada 2015.

HBO Sentral musim keempat akan memberi tumpuan kepada kandungan yang menghiburkan serta penglibatan penonton secara interaktif.

Ia dilakukan dengan menggalakkan penonton menyertai peraduan dan cabaran menyeronokkan berhubung kandungan utama yang dipaparkan setiap minggu.

Selain idea interaksi dengan orang ramai, rancangan ini juga akan menampilkan beberapa selebriti dari tempatan untuk bercakap tentang filem-filem baharu yang akan ditayangkan pada setiap bulan.

HBO Sentral musim keempat akan bersiaran setiap bulan pada pukul 3.45 petang di HBO saluran 411 dan 431.

Nabil Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain