suria

Heliza Helmi Minta Pandangan Guru Agama Sebelum Mula Persembahan

Heliza Helmi

PETALING JAYA: Penyanyi Heliza Helmi memberitahu dia banyak merujuk tentang aurat suara wanita dalam menyanyi kepada guru-guru agama sebelum memulakan persembahan nyanyian di majlis agama.

Heliza, 31, berkata, perkara itu dilakukan bagi mengelakkan dirinya daripada melanggar perkara yang bertentangan dalam agama Islam.

"Saya rujuk banyak guru-guru agama tentang aurat suara wanita dan memang banyak hukum-hukum dan pandangan. Ada beberapa garis panduan bagi wanita tentang aurat antaranya lirik lagu, tempat kita menyanyi.

"Jadi, biasanya sebelum memulakan persembahan saya akan bertanya tentang kepada mereka yang arif tentang agama sama ada lirik-lirik yang akan saya sampaikan," ujarnya kepada mStar Online.

Heliza Helmi keluar lagu Meriahnya Hari Raya.

Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi mengulas tentang pendapat tentang aurat suara seorang wanita dan perkembangan kerjaya nyanyiannya.

Penyanyi lagu La Tahzan ini mengakui pernah memerlahankan kerjaya nyanyian bagi mencari jawapan terhadap perkara tersebut.

"Saya pernah rasa bersalah dan mencari-cari jawapan tentang itu (aurat suara wanita) ketika awal-awal dalam industri, sehingga sekarang pun saya masih menerima pendapat semua pihak dan perbaiki kelemahan.

Saya nyanyi tidak ada lengok-lengok pun hanya ingin menyampaikan sesuatu mesej dakwah sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Heliza berkata, dia sendiri diminta untuk menyanyi dalam majlis-majlis motivasi dan ceramah bagi menarik perhatian anak muda.

Katanya, apa juga yang dilakukan dalam industri adalah untuk berdawah dan memberi manfaat kepada orang lain.

"Saya menggunakan cara menyanyi itu untuk menarik anak muda mendengar dakwah dan ia sesuatu yang berkesan.

Apa yang lebih penting ialah perkara yang saya lakukan itu memberi menafaat dan mampu menyampaikan dakwah kepada orang lain," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Heliza bakal keluar dengan single sempena Hari Raya Aidilfitri kerjasama dengan butik pakaian Elle Zada berjudul Meriahnya Hari Raya.

Heliza Helmi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain