suria

Datuk Vida Tak Peduli Dilihat Kurang Sopan Langgah Minuman Botol

Aksi ini menjadi kutukan orang.

AKSI Datuk Seri Vida yang melanggah minuman kesihatan dari botol terus diperkatakan netizen kerana perbuatan itu dilihat kurang sopan apatah lagi ia dilakukan seorang wanita.

Situasi itu dapat dilihat ketika gambarnya dirakamkan dan disiarkan di televisyen pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH3.0) pada Ahad lalu di Putrajaya.


Walaupun dikritik, tetapi pengasas Qu Puteh ini tetap tidak mempedulikan kutukan orang kerana beliau mengganggap perbuatan itu tidak salah sebaliknya sebagai langkah mempromosikan produk berkenaan sebagai penaja rancangan itu.

"Mereka tidak berada di tempat saya. Saya mengeluarkan jutaan ringgit untuk menaja anugerah itu dan saya perlu cuba sesuatu yang baharu untuk menjual produk saya.

"Sudah bermacam-macam cara dan kaedah saya lakukan untuk jual produk dan kali ini saya kena tampil dengan sesuatu di luar kotak maka itu adalah hasilnya," kata beliau kepada mStar Online.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, kritikan orang ramai terhadapnya tidak memberi masalah malah ia sebagai satu bentuk promosi kepada produk keluarannya.

"Kiri dan kanan saya dihalang daripada bercakap tetapi saya redah kerana itu sahaja peluang yang saya ada.

"Niat saya tiada lain, hanya hendak mempromosikan produk. Apa orang hendak kata terpulanglah, saya tetap redah," ujarnya.

Datuk Seri Vida

Artikel Lain