suria

Percubaan Jessie Chung Tawan Taiwan Berbaloi

Album terbaharu Jessie Chung yang berjudul Be Strong sudah pun terjual sebanyak 15,000 salinan.

PERCUBAAN penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak iaitu Jessie Chung melebarkan karier seninya ke peringkat antarabangsa ternyata berbaloi apabila album terbaharunya yang berjudul Be Strong mendapat sambutan luar biasa peminat di Taiwan.

Mendapat jolokan sebagai ratu rock dikalangan peminatnya, album tersebut setakat ini telah pun terjual sebanyak 15,000 unit hanya dalam masa tiga bulan ia dilancarkan.

Bagi Jessie ia adalah pencapaian memberangsangkan memandangkan peminat kini lebih gemar membeli lagu secara digital dan bukannya album berbentuk fizikal.

"Kejayaan ini mungkin disebabkan single pertama daripada album itu iaitu Be Strong digemari pendengar kerana ia mengangkat mesej positif.

"Saya berasa bersyukur kerana album terbaharu saya itu turut mendapat sambutan hangat daripada peminat di Taiwan sehingga ia mendapat anugerah platinum," katanya.

Dalam pada itu, Jessie berkata, dia sempat mengadakan aktiviti promosi di Taiwan dan teruja dengan sambutan diberikan kepadanya sepanjang berada di negara itu.

Lebih menggembirakan lagu Be Strong turut berada di tangga teratas carta radio di negara itu seperti Five Music International Chart dan iRadio.

"Selama dua minggu berada di Taiwan sambutan diberikan oleh peminat memang luar biasa dan lagu Be Strong juga berjaya menembusi beberapa carta muzik di sana," katanya.

Sementara itu, Jessie yang kini berada di Kuala Lumpur sempat meraikan kejayaan album Be Strong bersama peminat dalam sebuah majlis yang diadakan di Shah Alam dekat sini, baru-baru ini.

Pada acara itu juga, pihak syarikat rakamannya Future Malaysia Entertainment & Music Group Australia turut menganuerahkan Jessie dengan anugerah platinum atas kejayaan album Be Strong.

Jessie Chung, Be Strong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain