suria

Sekarang Pun Masih Sakit

Aaron Aziz.

KUALA LUMPUR: Kecederaan sendi tengkuk Aaron Aziz yang dialaminya sejak empat tahun lalu masih belum pulih dan ia terus mengganggu kehidupan pelakon kacak ini.

Selain kerap dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan suntikan, kedatangan Ramadan kali ini terus memaksa Aaron,  41, untuk berehat.

"Sekarang masih sakit, doktor suruh buat pembedahan untuk betulkan sendi leher tapi saya tidak mahu. Buat masa ini saya berehat dan mengelakkan kerja-kerja berat," ujarnya kepada mStar Online.

Aaron ditemui pada majlis Sembang Santai Jakel Barulah Raya 2017, di Jakel Mall, di sini pada Ahad.

Pelakon Ombak Rindu ini mengalami penyakit berkenaan selepas terbabit dalam kemalangan ketika penggambaran Fear Factor Malaysia pada 2013 di Afrika Selatan.

mStar Default Image
Fattah Amin

Dia juga kerap dimasukkan ke hospital dan menerima suntikan steroid bagi mengurangkan kesakitan itu.

Ujar Aaron, dia masih dilarang untuk melakukan apa-apa kerja berat kerana bimbang penyakit itu terus menyerangnya.

Dalam perkembangan lain ditanya tentang Fattah Amin yang dilihat berjaya mencantas popularitinya dalam melakonkan adegan romantik Aaron berkata, ia adalah rezeki pemuda tersebut.

Katanya, Fattah mempunyai bakat dan pakej tersendiri untuk menjadi bintang.

"Ini adalah rezeki dia dan tiada siapa pun boleh mempertikaikannya. Bagi saya jika orang kata dia tidak bagus dalam lakonan dia boleh belajar lagi.

"Susah untuk mengukur potensi seseorang pelakon kerana ada yang boleh berlakon romantik tapi tidak boleh buat aksi. Ia sesuatu yang subjektif," ujarnya.

Aaron Aziz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia