suria

Suami Tukar Fikiran Enggan Ceraikan Ezlynn

Ezlynn

KUALA LUMPUR: Status rumah tangga penyanyi Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy akan diketahui pada 11 Julai depan selepas jawatankuasa pendamai mengemukakan laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian itu. 

Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Mohamed Hizwan Mohamed Nor menetapkan tarikh berkenaan bagi membolehkan jawatankuasa pendamai yang dilantik oleh pihak plaintif iaitu Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, dan Adam Fahmi selaku defenden  mengemukakan laporan mereka kepada mahkamah. 

Peguam yang mewakili Ezlynn, Izyan Hazmi Ahmad berkata, pelantikan jawatankuasa dibuat berikutan tiada persetujuan bersama dalam meneruskan hasrat untuk bercerai. 

"Jawatankuasa pendamai terpaksa dilantik berikutan tiada persetujuan bersama dalam hal ini. Pada perbincangan asal defenden bersetuju untuk bercerai tapi menukar fikiran pada saat-saat akhir. 

"Keputusan sama ada bercerai atau masih berdamai akan diketahui pada 11 Julai ini selepas laporan jawatankuasa pendamai diserahkan," ujarnya. 

Saat-saat manis antara Ezlynn dan Adam pada hari perkahwinan mereka pada 2011.

Dalam pada itu, Mohamed Hizwan berkata, jawatankuasa pendamai adalah bagi menyelesaikan masalah rumah tangga yang tidak dapat dilakukan sendiri oleh plaintif dan defenden. 

"Pihak jawatan kuasa pendamai perlu tahu peranan sebenar mereka ialah untuk memastikan tidak berlaku perceraian. Perbincangan akan dilakukan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

"Saya harap kes ini tidak berlanjutan dan semua pihak perlu memberi kerjasama dalam menyelesaikan kes ini dan pihak berkenaan hadir pada hari yang ditetapkan," ujarnya. 

Ezlynn memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari lalu. 

Pasangan berkenaan hadir ke mahkmah.   

Mereka mendirikan rumah tangga pada 21 November 2011 namun masih belum dikurniakan cahaya mata. 

Ezlynn baru-baru ini dimasukkan ke hospital kerana dipercayai menghadapi tekanan berkaitan isu rumah tangganya.

Ezlynn, Cerai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia