COMEL sungguh aksi aktres Amyra Rosli dalam foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya menampakkan kandungan dia yang kini sudah mencecah empat bulan. Amyra yang menghadiri majlis berbuka puasa TV3 baru-baru ini tampil manis menggayakan gaun biru muda dengan memperlihatkan bentuk baby bump yang semakin membesar. Rata-rata peminat mendoakan kesihatan Amyra dan suaminya pelakon Amar Baharin semoga berada dalam keadaan baik. Amar dan Amyra Rosli menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka. Netizen juga memuji penampilan pelakon Isteri Tuan Ehsan itu kelihatan lebih menawan biarpun kini sedang berbadan dua. Kami pun tidak sabar nak tengok wajah bayi dalam kandungan itu. Tentu cantik seperti ibunya Amyra atau kacak seperti bapanya Amar. Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera dekat sini.