DI PAGI Jumaat yang mulia ini dunia hiburan panas seketika apabila seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai Sarah Danielle telah berkongsi satu mesej perbualan bersama seorang pelakon terkenal. Mesej berbaur godaan itu kononnya perbualan dia dengan aktor Shukri Yahaya yang menggambarkan dia kurang senang dengan mesej-mesej diberikan pelakon itu. Untuk kepastian, mStar Online berjaya bertanyakan hal berkenaan daripada tuan badan sendiri untuk mengelak lebih banyak persepsi buruk timbul berhubung mesej tersebar itu. Kata Shukri, 28, wanita berkenaan sengaja menggunakan cara tersebut bagi meraih perhatian masyarakat dengan mengaitkan dirinya. Ini antara mesej yang dikongsi oleh seorang individu kononnya digoda Shukri Yahaya. "Saya pun dapat tahu berita ni pagi ini. Komen saya senang je, orang sekarang sanggup buat apa sahaja untuk ‘famouskan’ diri mereka tanpa rasa malu akan diri sendiri. "Mereka seperti sudah tidak bermaruah dan nak popular cara pantaslah ni. Saya sikit tidak terasa dan malas nak layan. "Stop making stupid people famous" (Berhentilah mempopularkan orang bodoh) ujarnya. Pada pagi Jumaat seorang wanita telah memuat naik tentang paparan skrin perbualan seorang lelaki yang didakwa aktor 7 Hari Mencintaiku. Individu berkenaan turut mendakwa dia mempunyai bukti rakaman perbualan video dengan pelakon lelaki tersebut, namun tidak dimuat naik atas sebab-sebab tertentu. Dalam pada itu, ditanya tentang tindakan terhadap perkara ini, Shukri berkata, dia enggan melayanya dan menganggap ia sesuatu yang remeh. "Saya malas nak layan mereka, saya maafkan mereka di bulan puasa ni. Orang macam ni buat kita hilang sabar, baik tidak payah layan langsung," ujarnya. Tambah Shukri lagi, dia enggan ambil kisah pendedahan palsu itu kerana semua orang boleh menjadi dirinya dengan meletakkan gambar profile dia seterusnya menyamar dengan cara berbalas teks perbualan. Shukri telah berkahwin dengan Tya Adnan pada 20 November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaira Ameena yang lahir pada 24 Ogos 2016.