suria

Makan Hati Tak Sweet Qismina Terima Cinta Aiman Tino?

Sweet Qismina tidak tolak jika jodohnya dengan Aiman Tino.

KETIKA peminat mula bertindak 'menjodohkan' Sweet Qismina dengan Aiman Tino, agaknya apalah pula reaksi mereka?

Namun kata Sweet, dia belum cukup mengenali hati budi penyanyi itu untuk dijadikan cinta hati.

"Saya dan Aiman berkawan dalam satu industri dan kami selalu bertegur di laman sosial sahaja. Belum lagi ada hubungan yang istimewa.

Sweet dan Aiman pertama kali bertemu dengan Aiman ketika rakaman program Perang Jantina di Astro.

"Tapi saya tidak menolak jika pada masa depan kami berdua akan menjadi kekasih. Cuma, buat waktu sekarang ini saya belum betul-betul mengenali Aiman secara lebih dekat.

"Bila bercakap mengenai jodoh ini, saya sendiri tak berani nak kata apa-apa," kata Sweet yang masih solo.

Pemenang Pelakon Baru Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 ini tiada masalah jika peminat mahu menjodohkan dia dengan Aiman Tino. Sweet menganggap perkara itu bukan satu masalah yang perlu diambil serius.

Bagi Sweet dia hanya bimbang dengan keadaan di sebelah pihak Aiman memandangkan peminat-peminat meninggalkan komen mahu melihat mereka bercinta di laman Instagramnya.

"Saya tak kisah apa yang peminat nak katakan. Bukan saya boleh buat apa-apa jika mereka mahu jodohkan kami. Saya tiada hak untuk menghalang mereka menulis atau meninggalkan komen tersebut.

"Bagaimanapun, saya kasihan juga pada Aiman kerana komen-komen sedemikian. Walaupun saya tidak membaca komen itu tapi saya dapat tahu daripada pengkongsian peminat di laman sosial saya.

"Foto yang dimuat naik Aiman itu adalah kali pertama kali kami berjumpa. Selepas daripada itu, tak pernah berhubung secara rapat," kata Sweet.

Berbalik kepada kerjaya lakonan, Sweet ketika ini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Cinta Koko Coklat sehingga penghujung bulan Ramadan.

Sweet Qismina, Aiman Tino

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan