RAYA sakanlah Shiha dan Almy Nadia tahun ini dengan kereta baru mereka. Semalam kedua-dua artis ini memuat naik di laman sosial foto kereta jenama Toyota Vellfire yang baharu dibeli. Menerusi kapsyen penyanyi lagu Seperti Novel Cinta, kereta berkenaan dibeli dengan hasil titik peluhnya selama bergelar anak seni. "Alhamdulillah, akhirnya!, dah lama impi nak beli kereta ini sebab senang nak bawa satu keluarga berjalan-jalan, mungkin orang lain sudah lama pakai tapi Shiha baru dapat pakai hari ini. Foto kereta baharu Almy Nadia. "Takpalah, biar lambat asal dapat semua atas usaha sendiri. Lebih kuat anda bekerja untuk mendapatkan sesuatu, lebih puas apabila ia dapat dicapai," tulisnya. Shiha Zikir atau nama penuhnya Nurshiha Mohd Zikir, 29, mula menceburi bidang seni selepas menyertai program realiti Mentor pada tahun 2005. Dia kemudian mendapat perhatian selepas menyertai program realiti di D'AcademyAsia di Indonesia pada tahun 2015. Sementara itu, isteri kepada pelakon Fizz Fairuz, Almy Nadia turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih dengan hadiah sebuah kereta mewah jenama yang sama Toyota Vellfire sebagai sebagai kejutan. Fizz Fairuz dan Almy Nadia Tambah Almy, kereta tersebut sepatutnya menjadi hadiah pada hari lahirnya tidak lama lagi. "Encik suami buat kejutan hari ini, katanya kereta sewa tapi tengok nombor plat..., katanya hadiah hari jadi kerana sepatutnya keluar pada hari jadi saya. Usaha keras encik suami beberapa tahun. Terima kasih sayang," tulis Almy. Almy dan Fizz Fairuz bernikah pada 26 April 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata. Harga kereta jenama Toyota Vellfire dalam anggaran sekitar RM300,000.