MERIAH nampaknya tahun ini bagi Khai Bahar kerana beraya sebagai penyanyi lelaki popular. Maklum sajalah baru menang Anuegrah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2017. Kata Khai, 23, antara perkara paling seronok dalam dirinya ialah berpeluang untuk menyambut hari raya bersama keluarga dan dia akan pulang ke kampung halamannya di Perlis. Kali ini mStar Online kongsikan lapan aktiviti yang dilakukan penyanyi Khai Bahar,23, ketika menyambut hari raya Aidilfitri. 1. Benda pertama yang saya lakukan bila balik kampung, saya akan mengemas rumah dan menambah beberapa perabut baru untuk keselesaan keluarga. 2. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya tolong ibu buat kuih goyang untuk dimakan pada pagi raya. 3. Alhamdulillah, saya ada rezeki lebih dapat berkongsi dengan memberi duit raya kepada keluarga serta kanak-kanak yang datang ke rumah. Berapa jumlah itu rahsia tapi kena bagi seikhlas hati. 4. Pada waktu malam pula, aktiviti main bunga api bersama anak-anak buah. Tapi bukanlah mercun yang berbahaya. Sekadar bunga api yang tidak mencederakan sesiapa. 5. Insya-Allah saya akan buat rumah terbuka tapi hanya untuk jemputan sahaja. Bukan tak nak jemput semua tapi rumah tak besar takut nanti tak muat pula. 6. Sebelum raya, saya ada beli baju baru untuk dipakai ibu. 7. Pergi beraya ke rumah kawan-kawan terdekat dengan berjalan kaki iaitu mungkin hari raya kedua atau ketiga sebelum saya pulang ke Kuala Lumpur. 8. Tahun ini, raya pertama saya hanya nak luangkan masa dengan keluarga di rumah sahaja. Disebabkan penyanyi lagu Bayang inii tidak dapat bercuti lama di kampung, dia banyak melakukan aktiviti bersama keluarga.