suria

Faizal Tahir Terkenang Nasib Pelarian Syria

Faizal Tahir

PENYANYI yang giat melakukan aktiviti kemanusian, Faizal Tahir berasa insaf apabila mengenang nasib pelarian Syria yang penuh kesengsaraan.

Malah, peluang terlibat dengan aktiviti itu menimbulkan rasa syukur dalam dirinya berada di Malaysia yang aman damai.

"Perasaan bersyukur itu sangat kuat apabila melihat sendiri kehidupan mereka di sana. Kita akan lebih rasa bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini.

"Saya juga bernasib baik diberi peluang untuk melihat sendiri kehidupan mereka dengan lebih dekat," ujarnya.

Dalam pada itu, Faizal berkata, sikap bersyukur dan gemar bersedekah perlu ada pada setiap insan bukan sahaja pada Ramadan atau Syawal semata-mata.

Sumbangan kepada yang memerlukan seharusnya dilakukan setiap hari tanpa mengira waktu yang sesuai sahaja.

"Mereka di sana tidak bekerja yang membolehkan mereka mendapat sumber pendapatan. Sumbangan daripada pihak luar antara sumber utama mereka meneruskan kehidupan.

"Ia tanggungjawab kita untuk memberi walau pun sedikit agar dapat menyambut Syawal dengan sedikit kegembiraan," ujarnya.

Sementara itu, Faizal berkata, dia menyimpan hasrat untuk meraikan Aidilfitri bersama golongan pelarian di sana.

Biarpun, masih belum berpeluang, namun dia percaya sambutan Syawal tidak seperti umat Islam di  sini.

Faizal Tahir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain