suria

Masih Ada Orang Baik, Jujur

Ainul Aishah memuji sikap Saifuddin yang menyimpan beg duitnya yang tertinggal di sebuah restoran.

MENERUSI laman Instagram, pelakon Ainul Aishah meluahkan rasa syukur apabila dompetnya yang tertinggal di sebuah restoran telah disimpan oleh lelaki yang disifatkannya sebagai seorang yang berhati mulia. 

Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aisyah Azizun, 32, memuat naik foto perbualan dia dengan lelaki bernama Saifuddin Ibrahim yang menjumpai beg miliknya di Instagram pada Khamis. 

Foto tersebut juga mendapat perhatian netizen yang memuji sikap jujur lelaki itu.

Ainul Aishah tidak sangka masih ada orang yang baik dan jujur zaman sekarang. Foto Instagram @ainulaishah. 

"Orang baik masih wujud. Tak semua orang jujur dan baik hati dan nak pulangkan balik beg duit yang tertinggal. Lelaki ini layak menerima ribuan pujian daripada kita semua.

"Semoga dimurahkan rezeki, panjang umur, sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa jadi baik seperti anda sekarang. Kita perlu orang seperti dia dalam dunia ini.

"Saya sangat hargai. Terima Kasih Saifuddin @saifuddinibrahim," tulisnya.

Apa yang dilakukan Saifuddin pada hari raya ini memang patut dijadikan contoh dan sikapnya harus dipuji.

Ainul Aishah

Artikel Sebelum

Artikel Lain