suria

Salah Sikit Je Nak Pukul! - Erma Fatima

Erma Fatima terbuka terhadap teguran terhadap Mak Cun.

MARAH benar anak jati Kedah dengan gaya percakapan loghat Utara dalam program Sakan Raya Mak Cun yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini.

Pelbagai kritikan pedas diberikan terhadap semua barisan pelakon yang menganggap loghat utara disampaikan 'over' sehingga ia kedengaran menghina.

Ekoran itu ada pula pihak yang ingin menampar muka Mak Cun kerana tidak berpuas hati.

Pelakon dan pengarah, Erma Fatima ketika dihubungi mStar Online kesal dengan segelintir pihak yang menghemtam program itu sehingga ada yang hendak menampar mukanya!

Kata Erma, dia sentiasa terbuka terhadap teguran dan kritikan membina bagi memperbaiki kelemahan yang ada pada Mak Cun namun biarlah ia kena dengan gayanya.

Barisan pelakon Mak Cun.

"Kenapa pula hendak menampar saya?

"Orang Melayu berbudi bahasa, orang salah ditegur, diajar...gangster bukan budaya kita.

Rasa Macam Nak Tampaq Mak Cun!

"Salah sikit je nak pukul nanti makin banyak anak-anak kita jadi pembuli.

"Jadi jangan tampar Mak Cun, kesian Mak Cun dah tua," katanya.

Erma bersama Datuk Rahim Razali yang memegang watak sebagai Pak Akob dalam Mak Cun.

Bagaimanapun kata Erma yang kini berada di Milan, Itali memohon maaf sekiranya ada pihak terguris gara-gara tidak berpuas hati dengan gaya percakapan loghat utara dalam Mak Cun dan memberitahu sudah memberikan yang terbaik untuk program tersebut.

"Kepada yang marah saya tu, saya minta maaf. Saya hanya berlakon dan cuba berikan yang terbaik.

"Sampaikan juga salam maaf saya pada yang nak tampar muka saya tu.

"Kami yang berlakon dalam Mak Cun semua bukan orang utara jadi memang makan masa hendak fasih loghat Kedah," katanya.

Dirisik mengenai pemergiannya ke Itali, Erma bagaimanapun enggan mengulas lanjut namun pengikutnya di Instagram meneka ia ada kaitan dengan Mak Cun.

Balkisy Samundur Khan.

"Hahhhhh... Mak Cun ada misi baru. Hangpa nak tau tak Mak Cun pi mana?

"Bye semua, sedihnya Mak Cun tak dapat nak raya kat Malaysia puas-puas demi tugas.

"Pertama kali raya di luar negeri...tak suka," tulisnya di Instagram.

Raya Sakan Mak Cun yang ditayangkan secara langsung pada 24 Jun lalu di TV3 bersempena Aidilfitri.

Program bual bicara itu menampilkan Mak Cun (Erma Fatima) dengan gandingan pelakon lain seperti Atul (Balkisy Samundur Khan), Manisah (Datin Umie Aida), Pak Akob (Datuk Rahim Razali), dan Kumin (Adik Haidar).

Mak Cun, Erma Fatima

Artikel Lain