EHEM! Sweet Nampak? Macam dalam drama love story pula apabila pelakon Mawar Rashid menerima kejutan dilamar kekasih hatinya, Raf Yaakob dalam suasana penuh romantis!! Mawar, 23, memuatnaik sekeping gambar menerusi akaun Instagramnya untuk memaklumkan dia sudah dilamar adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob. Lamaran itu bersaksikan taburan kelopak bunga ros merah dan putih yang turut disusun menjadi satu ayat berbunyi, Will U Marry Me? "Saya harus akui tiada seorang pun pernah datang melamar saya sebelum ini dan saya gembira dan berharap dia adalah yang pertama dan terakhir, InsyaAllah. “Untuk kejutan ini, saya diberitahu oleh jurugambar bahawa dia (Raf) melakukan semua ini dengan sendiri. Dari memetik kelopak mawar satu demi satu, susun satu persatu, menyusun dan menyalakan lilin dengan beberapa kejutan lain. “Saya nampak usahanya untuk membuatkan saya gembira dan saya benar-benar tersentuh. Dapat saya rasakan saya adalah gadis yang paling beruntung di dunia!" tulisnya. Mawar Rashid menenerima kejutan dilamar oleh Raf. Foto dari Instagram Mawar. Ketika dilamar, Raf dan Mawar berada dalam satu bulatan yang dikelilingi kelopak bunga ros merah dan putih. Dalam keadaan berlutut, Raf, 31, yang pada ketika itu mengenakan kemeja putih dan berseluar jeans hitam menghulurkan cincin kepada Mawar yang masih dalam keadaan terkejut (menutup mulut denga kedua telapak tangan). Aksi romantis pasangan ini turut menerima ucapan tahniah rakan-rakan artis dan netizen selain ramai yang turut memuji sifat romantik Raf terhadap bekas finalis Dewi Remaja 2010 itu. Mawar dalam kenyataannya kepada mStar Online sebelum ini memberitahu dia serius dengan hubungan tersebut dan tidak mahu menyembunyikan perasaan bahagia berkenaan bersama peminat. "Hubungan kami semakin serius dan tiada apa yang perlu disembunyikan tentang apa yang saya rasa bersama pengikut laman sosial saya. Lagi pula saya agak yakin dengan kesungguhan dia," katanya. Dalam pada itu, Mawar berkata, Raf yang juga seorang pelakon dan duda itu mempunyai ciri-ciri lelaki yang diimpikannya. "Biarpun dia berstatus duda tapi saya terima dia seadanya," ujar Mawar.