suria

Ayam Goreng Punya Hal, Muka Mia Ahmad Jadi Mangsa

Mia Ahmad hanya mampu ketawa apabila dirinya menjadi penyebab suami-isteri bergaduh.

GARA-GARA pelakon Mia Ahmad menjadi model iklan ayam goreng, sepasang suami-isteri dikatakan bergaduh sehingga insiden itu menjadi tular di laman sosial.

Mia atau pemilik nama Samihah Ahmad Baderi, 29, memuat naik foto paparan skrip perbualan seorang isteri yang berasa cemburu apabila dia mempertikaikan tindakan suaminya menghantar gambar iklan Mia sedang menikmati ayam goreng Mc Donald's (McD).

Dalam salah satu foto yang dikongsikan pada Khamis itu, wanita tersebut telah menconteng wajah Mia dan perbuatan itu mendorong netizen mencatatkan pelbagai reaksi di ruang komen foto tersebut.

Malah suami kepada Mia Ahmad, Izham Tarmizi turut menyatakan pandangannya.

Ia menjadi punca apabila suami wanita berkenaan berkata 'dapnyaaa syg' (sedapnya sayang) pada gambar Mia bersama ayam gorengnya namun si isteri membuat tafsiran adakah wanita berkenaan yang dimaksudkan sedap itu.

Salah satu paparan skrin perbualan yang dikongsi Mia Ahmad. Foto Instagram @mia.ahm4d.

"Nampak benda ini di Facebook. Ia sudah menjadi viral. Kelakar! Saya gelak guling-guling walaupun cuba baca dua tiga kali baru faham sebab tak faham bahasa yang digunakan.

"Tak apa dik, kakak rela muka kena conteng. Jangan gaduh-gaduh dah ya?" tulis Mia.

Berikut adalah anntara mesej yang ditinggalkan netizen susulan gambar Mia diconteng wanita berkenaan:

@izhamtarmizi: Takpa nanti balik I conteng lagi banyak ya kak.

@miss.shera95: Hahaha lawak lah.

@adamhasri: Kesian kak Mia haih muka cantik cantik dia conteng pula adoi.

@miss.anyss: Saya pun gelak bila tengok.... Hahaha.

@noorfauziah8323: Pasal ayam McD pun nak kecoh-kecoh. Kesian Mia kita. Dia yang kena tempias... Sabar lah Mia...

@shahnjit: Hahaha... Memang kelakar habis. Pasal ini pun nak jealous. Tapi betul kata Mia, rela diconteng dari jadi sebab laki bini gaduh. Choi betul!

Wajah Mia diconteng kerana menjadi punca pergaduhan suami-isteri. Foto Instagram @mia.ahm4d. 

Ketika dihubungi mStar Online, Mia memberitahu dia menganggap perkara ini sekadar gurauan sahaja.

"Saya hanya mampu gelak saja apabila  baca paparan skrin yang viral dekat Facebook. Pada mulanya, saya tak berapa faham apa yang mereka cuba sampaikan.

"Tak sangka pula iklan itu boleh buat orang bergaduh.

"Namun, saya tak tahu benda ini betul atau gurauan saja. Tapi kalau betul, hari raya ini janganlah gaduh-gaduh.

"Saya reda muka diconteng daripada jadi penyebab suami isteri bergaduh," kata Mia.

Mia Ahmad

Artikel Lain