suria

Monspace Theatre Peluang Penyanyi Tempatan Bikin Konsert

Pengasas Monspace Theatre, Datuk Seri Jessie Lai mahu melihat lebih banyak artis tempatan mengadakan konsert.

SEBELUM ini ada segelintir penggiat seni dan penyanyi merungut kerana ketiadaan lokasi sesuai untuk mengadakan konsert berskala besar untuk peminat-peminat mereka.

Nampaknya perkara itu bakal berubah apabila pihak Hype Hotel dan Monspace Entertainment mewujudkan sebuah dewan khas iaitu Monspace Theatre dalam menggalakkan artis tempatan untuk membuat persembahan pentas.

Terletak di Hotel Nouvelle di ibu negara, dewan itu bukan sahaja sesuai untuk mengadakan konsert tetapi juga acara atau pun persembahan teater.

Pengasas Monspace Theatre, Datuk Seri Jessie Lai berkata, pentas itu diwujudkan bagi sebagai usaha memeriahkan lagi industri hiburan tempatan dan memberi lebih banyak peluang kepada penyanyi terutamanya bakat-bakat baharu untuk mengadakan persembahan.

"Peluang dan ruang untuk mereka mengadakan persembahan mungkin agak terhad dan sebab itu kita wujudkan Monspace Theatre dan ia dapat membentuk penjenamaan tersendiri industri muzik tempatan.

Suasana dewan Monspace Theatre yang indah.

"Harap-harapnya pentas ini akan jadi platfrom terbaik penyanyi membuat lebih banyak persembahan dengan suasana selesa dan teknologi canggih untuk peminat mereka," katanya.

Malah kata Jessie, pihaknya sedia menghulurkan bantuan sekiranya ada artis yang ingin mengadakan persembahan dengan menawarkan dana dengan syarat tertentu.

"Harapan kita untuk tengok industri hiburan terus maju dan kami sedia membantu bagi merialisasikan mana-mana impian penyanyi yang ingin mengadakan konsert," katanya.

Monspace Theatre mampu memuatkan 600 penonton dalam satu-satu masa selain ia dilengkapi dengan sistem audio, pencahayaan dan keperluan lain yang bertaraf antarabangsa.

Monspace Theatre

Artikel Berikut

Artikel Lain