suria

Makanan Tak Cukup Di Majlis Tunang Syakilla Khoriri & Fizi Ali

Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta sejak empat tahun lalu.

PENYAMPAI radio Suria FM, Fizi Ali memberitahu dia dan pelakon Syakilla Khoriri telah melakukan kesilapan kecil pada majlis pertunangan mereka.

Fizi, 28, berkata makanan yang dihidangkan telah habis menyebabkan dia terpaksa mencari sesuatu untuk dijamu kepada tetamu yang hadir.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Ahad dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Villa Terlajak Laris, Sungai Buloh.

Berseri wajah Syakilla yang ditemani ibunya dan ibu kepada Fizi (kanan). 

"Jemputan sepatutnya hanya 100 orang sahaja tapi tak sangka pula lebih 300 tetamu yang hadir. Segala urusan majlis saya dan Syakilla yang uruskan sepenuhnya.

"Makanan yang ditempah pula mengikut kadar yang kami jemput saja. Majlis belum tamat tapi makanan pula yang habis. Panik juga sebab ada tetamu yang hadir tak dapat makan.

"Saya terpaksa keluar cari makanan lain dan nasib baik ada kedai yang ambil tempahan bihun dengan banyak dan cepat," kata Fizi ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Fizi dan Syakilla mempunyai minat yang sama iaitu bermain badminton dan mendaki. 

Sementara itu, Fizi menganggap perkara tersebut menjadi satu pengajaran buat dia dan pasangannya.

"Ini kali pertama kali kami uruskan majlis yang besar. Harap tidak akan terjadi lagi pada majlis seterusnya.

"Saya akan ambil perkara tersebut sebagai pengajaran buat kami berdua. Bab makanan adalah keutamaan pada setiap majlis yang diadakan," ujarnya.

Fizi dan Syakilla akan mengambil masa enam bulan hingga setahun dari sekarang untuk melangsungkan majlis pernikahan.

Fizi Ali, Syakilla Khoriri

Artikel Sebelum

Artikel Lain