suria

Untunglah Suami Anis Al Idrus Suka Kemas Rumah!

Anis Al Idrus

SETELAH hampir sebulan bernikah, pelakon dan pengacara Anis Al Idrus memberitahu dia mula sedar akan sifat sebenar suaminya, ahli perniagaan yang bernama Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim.

Anis atau nama sebenar Sharifah Anis Syed Zainal, berkata suaminya seorang yang rajin mengemas rumah terutamanya apabila terdapat barang-barang yang bersepah.

"Sebelum kami kahwin, saya tak pernah tahu yang Rafzan pantang lihat barang bersepah. Apabila dah duduk serumah ini, barulah saya tahu itu perangai sebenar dia.

"Kadang-kadang segan juga saya apabila suami yang buat kerja-kerja rumah tapi dia memang suka melihat barang teratur mengikut kehendaknya," kata Anis.

Anis bersama suaminya Mohd Rafzan.

Anis, 29, dan Mohd Rafzan atau lebih mesra dengan sapaan Aiman, 35, bernikah pada 7 Julai lalu di De'Laman Event Space, Shah Alam.

Dalam pada itu, bekas pengacara program Pencetus Ummah musim keempat ini mengakui terdapat perbezaan yang dilalui selepas bergelar isteri.

Menurut Anis, kehidupan lebih gembira kini apabila suami sentiasa ada di sisi menemaninya.

"Saya dah biasa buat semua benda seorang diri. Mana tidaknya, saya anak tunggal dan mak ayah tak ada dekat Malaysia. Mereka tinggal di Indonesia.

"Dari kecil dah terbiasa, apabila kahwin ini rasa pelik pula ada orang teman. Tapi ianya sesuatu yang menarik sebab ada orang yang kita sayang sentiasa ada untuk kita," ujar Anis.

Anis Al Idrus

Artikel Sebelum

Artikel Lain