suria

Mawar Rashid Lebih Manis Berhijab

Imej Mawar Rashid lengkap bertudung mendapat pujian peminat. Foto Instagram @mawarrashid

SEJUK mata memandang apabila melihat pelakon Mawar Rashid mengenakan tudung menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Tanpa solekan sarat, terpancar kejelitaan semulajadi Mawar. Patutlah Raf Yaakob terpikat!

Malah Mawar turut memuat naik gambar bersama Raf yang juga tunangnya yang segera mendapat reaksi daripada pengikutnya.

Imej bekas peserta Dewi Remaja 2014/15 itu mendapat reaksi positif yang rata-rata memuji penampilan Mawar berhijab.

Menyedari Mawar sebenarnya masih belum bertudung, mereka mendoakan agar hati Mawar terbuka untuk menutup aurat kerana merasakan pelakon drama Suamiku Paling Sweet itu manis mengenakan hijab.

"Cantik Mawar bertudung dan semoga dibukakan pintu hati untuk terus berhijab kerana anda nampak sangat manis," antara komen ditinggalkan oleh pengikutnya.

Mawar ketika dihubungi mStar Online berkata, dia masih belum bertudung namun menghargai setiap kata-kata positif yang berharap dia akan mengenakan hijab suatu hari nanti.

Jelasnya lagi, gambar yang dimuat naik itu adalah ketika dia menghadiri kursus perkahwinan bersama Raf yang diadakan di kediaman keluarganya baru-baru ini.

"Buat masa sekarang saya belum tetapkan bila akan berhijab tetapi suatu hari nanti saya akan menutup aurat sebagai umat Islam.

"Harap ketika itu semua dipermudahkan dan terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya," katanya.

Mawar melangsungkan pertunangan dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 7 Julai lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di inu negara.

Pasangan itu dijangka melangsungkan perkahwinan pada akhir tahun ini namun masih belum memutuskan tarikh sebenar hari bahagia mereka.

Dalam perkembangan lain, Mawar berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Kalis Kasih untuk TV3.

Mawar Radhid, Raf Yaakob

Artikel Sebelum

Artikel Lain