suria

“Siapa Kata Saya Tak Laku” - Dazrin Kamarudin

Dazrin masih menerima tawaran berlakon biarpun sudah bergelar suami.

PELAKON Dazrin Kamarudin menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya sudah tidak laku selepas bergelar suami. 

Malah Dazrin, 29, juga berkata sehingga kini dia masih menerima banyak tawaran berlakon dan rezekinya juga semakin bertambah sejak berkahwin. 

"Saya rasa sejak berkahwin ini bukan tak laku tapi lagi bertambah rezeki ada lah. Tawaran berlakon pun sentiasa ada sahaja. 

"Jadi tiada istilah tak ada tawaran selepas berkahwin atau apabila dah bergelar suami saja tidak boleh berlakon lagi," kata Dazrin kepada mStar Online . 

Dazrin baru sahaja tamat menjalani penggambaran drama bersiri My Darling Inspektor Daniel yang kini bersiaran di Astro Ria setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 malam. 

Manakala pada bulan September depan, juara Fear Factor Malaysia musim pertama ini akan memasuki set penggambaran filem XX RAY arahan Aziz M. Osman.

Dazrin lebih selesa isteri yang menguruskan jadual kerjanya. 

Dalam pada itu, Dazrin memberitahu bahawa kehidupannya selepas berkahwin lebih tersusun. Bahkan, jadual kerjanya juga kini diuruskan sepenuhnya oleh isterinya, Nur Fazulin atau Zulin. 

"Alhamdulillah, saya dapat rasakan yang prestasi semakin baik dan bagus semenjak isteri menguruskan jadual harian dan kerja.

"Zulin bimbang jika nanti dia sudah mula kerja tak dapat nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

"Jadi buat masa ini, dia masih berehat daripada kerja sebagai pramugari kerana ingin menumpukan perhatian pada kehidupan kami yang baru nak dibina," ujarnya.

Dazrin dah Zulin berkahwin pada 6 Mei 2017 di di Hotel Avillion Legacy Melaka. 

Dazrin Kamarudin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain