BIARPUN mengambil keputusan berpisah pada 15 Mei lalu, pasangan selebriti Adam Shahz dan Fatin Afeefa tidak mahu perceraian tersebut menjadi permusuhan antara mereka. Adam, 35, menerusi sebuah foto yang dimuat naik di Instagram mengakui masih keluar bersama bekas isterinya itu biarpun sudah membawa haluan masing-masing. "Tak salah rasanya kalau saya keluar dengan bekas isteri. Yang berlaku biarlah berlaku. Tak perlu bermusuh. Kita semua hamba-Nya dilahirkan atas rasa cinta. "Kenapa perlu letak benci kalau tidak lagi bersama," ujarnya. Antara komen peminat yang mahu mereka kembali bersama. Adam, 35, menceraikan Fatin dengan talak satu pada 30 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Adam menjelaskan perkara itu selepas sebuah foto dia sedang menikmati makan malam di sebuah gerai bersama bekas isterinya mendapat perhatian netizen. Foto yang dimuat naik oleh pemilik gerai itu mendapat reaksi positif netizen yang berharap pasangan itu kembali hidup bersama. Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 22, pada 21 Disember 2013.