suria

Imran Ajmain Rimas Disuruh Nyanyi ‘Seribu Tahun’

Imran Ajmain

PENYANYI yang mencipta nama dengan lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain mengaku pernah berasa rimas apabila diminta untuk menyanyikan lagu berkenaan.

Bagaimanapun, dia sedar lagu berkenaan merupakan satu-satunya lagu yang membuatkan orang mengenali dirinya selama ini.

"Ada satu masa saya tidak boleh terima bila hanya diminta nyanyi lagu Seribu Tahun sahaja di mana-mana persembahan sedangkan saya sudah ada tiga album.

"Saya pernah menolak apabila mereka minta saya nyanyikan lagu itu. Tapi bila saya nyanyi, saya sedar orang mula berhenti makan, beri perhatian dan ambil gambar, baru saya rasa betapa bersyukurnya mempunyai lagu yang menjadi kegemaran orang ramai," ujarnya kepada mStar Online.

Imran berkata, dia tidak akan berhenti menyanyikan lagu berkenaan selagi ada permintaan biarpun sudah mempunyai lagu baharu.

Dia akan menyelitkan lagu-lagu baharu di setiap persembahan bersama lagu Seribu Tahun.

Imran bakal muncul dengan dua single baharu.

Sementara itu, ditanya tentang program realiti nyanyian, Imran berkata, dia tidak berminat untuk menyertai mana-mana persembahan berbentuk pertandingan.

Imran turut menyifatkan dirinya bukan seorang pesaing dan lebih memilih untuk berkarya dalam keadaan yang tenang.

"Saya belum terfikir lagi untuk menyertai pertandingan nyanyian kerana saya bukanlah seorang yang suka bersaing.

"Saya mahu lagu saya sampai dan dirasi oleh pendengar. Ia juga bukan kerana saya takut tekanan tapi saya mahu beri yang terbaik buat pendengar," ujarnya.

Selain itu, Imran bakal muncul dengan dua single terbaru iaitu Intan dan Perak, dan lagu duet bersama Najwa Mahiaddin berjudul Sentiasa Merinding.

Imran Ajmain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain