suria

Hubungan Hafiz Hamidun, Joy Revfa Semakin Tegang

Detik bahagia Hafiz dan Joy Revfa ketika disatukan sebagai suami-isteri.

SELEPAS beberapa kenyataan dibuat Joy Revfa di laman sosial sehingga mencetuskan banyak persoalan, penyanyi Hafiz Hamidun akhirnya tampil menjelaskan isterinya itu bercakap mengikut emosi semata-mata.

Selain itu, Hafiz, 33, berkata, terdapat juga pihak yang memanipulasi keadaan sehingga membuatkan rumah tangganya bersama pengasas kosmetik itu menjadi semakin tegang.

"Saya belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini namun banyak pihak pula yang menambah-nambah dan menjadikan perkara ini semakin rumit.

"Apa yang saya boleh katakan, kenyataan yang keluar oleh pihak sana adalah tidak betul dan ia hanya berdasarkan emosi semata-mata," ujarnnya.

Dugaan Hafiz Hamidun Selepas 3 Bulan Kahwin

Penyanyi lagu Jodoh Berdua ini berkata demikian secara langsung di laman sosial Instagram miliknya pada malam Khamis.

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu, isu yang timbul sejak kebelakangan ini tiada kaitan dengan hal rumah tangga.

"Apa yang saya mahu katakan isu yang timbul bukan berkaitan rumah tangga. Saya akan jelaskan perkara ini bila sampai masanya nanti," ujarnya.

>


Dalam pada itu, Hafiz berharap kemelut rumah tangganya tidak terus diperkatakan yang memberi persepsi buruk kepada masyarakat.

Pada Rabu lalu, Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 30,telah meluahkan perasaan kecewa menerusi status di Facebook mengenai tanggungjawab seorang suami.

Karangan Joy itu seolah-olah memberi bayangan bahawa Hafiz gagal dalam menajalankan tanggung jawabnya.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz.

Joy merupakan seorang ibu tunggal beranak satu.

Hafiz Hamidun, Joy Revfa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan