suria

Hafiz Suip Menangis Dengar Denyutan Bayi

Hafiz tidak kisah bayinya lelaki atau perempuan.

PENYANYI Hafiz Suip berkata dia tidak mahu mengetahui jantina bayi sulungnya yang dijangka lahir pada penghujung tahun ini. 

Menurut Hafiz atau nama sebenar Mohd Hafiz Mohd Suip, 27, biarlah perkara itu menjadi satu kejutan buat dia dan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah. 

"Kalau boleh saya tak nak tahu jantina lelaki atau perempuan. Biarpun isteri sudah membuat pemeriksaan kandungan dan doktor sudah tahu tapi saya minta untuk rahsiakan. 

"Sebab bagi saya, tak kisah lelaki atau perempuan. Janji bayi kami sihat dan sempurna. Biarlah perkara itu jadi kejutan buat kami," kata Hafiz kepada mStar Online

Dalam pada itu, Hafiz juga berkongsi detik mendengar denyutan jantung bayinya ketika melakukan pemeriksaan buat kali pertama 

Hafiz lebih teruja menantikan kelahiran bayi sulungnya. Foto Instagram: @hafizsuip. 

Disebabkan terlalu teruja,  penyanyi lagu Awan Nano ini tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. 

"Doktor pasang alat untuk dengar denyutan jantung bayi, bila dengar saja bunyi jantung dia terus saya menangis.  

"Daripada teruja, perasaan bertukar jadi sebak sebab kali pertama dapat mendengar denyutan itu," ujarnya. 

Menerusi laporan mStar online pada 15 Jun lalu, juara program Akademi Fantasia musim ke-7 ini meluahkan rasa gembira apabila isterinya disahkan hamil selepas setahun berkahwin. 

Kandungan Nureffy kini sudah memasuki empat bulan. Pasangan ini berkahwin pada 14 Mei 2016.

Dalam perkembangan lain, Hafiz kini sedang mempromosikan lagu terbarunya yang berjudul Kejar. 


Hafiz Suip

Artikel Lain