suria

“Bilalah Orang Melayu Nak Berjaya?” - Sarah

Bentuk tubuh Sarah langsing kerana mengamalkan produk pelangsingan keluarannya.

PENYANYI Siti Sarah bengang apabila ada pihak menyebarkan fitnah kononnya badannya yang kini langsing adalah hasil daripada pembedahan memotong usus dan bukannya kerana berdiet.

Sarah atau Siti Sarah Raisuddin, 33, menerusi Instagram miliknya melahirkan rasa sedih dan kesal dengan tindakan sesetengah pihak melemparkan fitnah terhadapanya.

Menurut penyanyi lagu Kesetiaan ini, bentuk badannya langsing kerana mengamalkan produk keluarannya sendiri untuk menurunkan berat badan dan bukannya melalui pembedahan seperti didakwa.

"Subahanallah bilalah orang Melayu nak berjaya?? Bila produk saya laris dipasarkan. Macam-macam tohmahan saya dapat.

"Kali ini saya tak boleh berdiam diri! Biadap sungguh orang yang fitnah saya. Kenapa perlu saya potong usus untuk menipu orang?

Sarah kesal dituduh memotong usus untuk mendapatkan bentuk badan langsing. 

"Saya dapat turunkan berat badan saya hanya mengamalkan produk saya! Dan banyak orang yang berjaya turunkan berat badan dengan @monstabhq!

"Jangan tipu orang, hanya kerana awak nak jual barang awak! Awak fitnah saya... Kalau tak kat sini awak dapat balasan kat sana awak jawab!" kata Sarah.

Foto tersebut telah mendapat lebih 6,000 tanda suka (likes) dan 380 komen sejak Sabtu.

Rata-rata yang meninggalkan komen memberi sokongan pada Sarah dan memohon isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu untuk bersabar dengan apa yang berlaku.

"Sabar sis @sitisarahraisuddin. Saya mengikuti awak sejak bersalin. Gila ke nak ikat usus bagai itu. Semoga sis dan keluarga dipermudahkan urusan ya," kata salah seorang pengikutnya.

Menurut pemilik akaun Instagram Cik _Bakawali yang merupakan staf kesihatan memberitahu tidak ada pembedahan potong usus dijalankan melainkan penyakit gastrik dan kecilkan perut.

Malah, Shuib turut meninggalkan komen meminta isterinya untuk bersangka baik dengan perkara tersebut.

Siti Sarah

Artikel Berikut

Artikel Lain