suria

Jenama Mok Cun Ke New York

Erma Fatima bakal menyertai Couture Fashion Week New York (CFWNY) yang akan berlangsung di Times Square, New York City, Amerika Syarikat pada 8 September depan. Foto SIA HONG KIAU

PENGARAH dan pelakon Erma Fatima menafikan penglibatannya dalam program Malaysia Fashion & Business Mission to New York kerana ingin dikenali sebagai pereka fesyen. 

Erma atau Fatimah Rahmad, 49, berkata, dia mengambil peluang diberikan oleh Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesyen (Peniagawati) kerana minat untuk melakukan perkara baharu dalam kariernya.

"Saya bukan nak jadi pereka fesyen. Saya ambil peluang ini kerana suka dan ia benda baru yang menyeronokkan. 

Erma mahu bawa jenama Mok Cun ke serata dunia. 

"Yang paling penting saya dapat peluang perniagaan untuk membawa jenama Mok Cun ke serata dunia. 

"Bukan sahaja fesyen tapi saya juga boleh bawa produk-produk Mok Cun terutamanya nasi beras perang," kata Erma kepada mStar Online. 

Tambah Erma lagi, koleksi pakaian jenama Mok Cun turut dibantu adik angkatnya yang merupakan pereka fesyen. 

Menurut Erma, biarpun ada segenlintir orang yang menganggap jenamanya bersifat kekampungan, namun dia tetap akan memperjuangkannya ke pentas antarabangsa. 

"Saya dibantu oleh adik angkat yang juga pereka fesyen iaitu Asyraf Zainal dan Amad. 

"Mereka ini yang bantu saya mencari kain dan memberi beberapa idea untuk koleksi baju yang akan dibawa ke pentas New York. 

"Mungkin di Malaysia orang pandang jenama Mok Cun seperti jenama kampung tapi saya akan terus perjuangkan jenama ini di pentas antarabangsa," ujarnya.

Erma akan bersama dua lagi pereka fesyen Sara J dan Eja Shahril akan membuat persembahan di New York dengan bantuan Peniagawati.

Mereka akan menyertai pertunjukan fesyen Couture Fashion Week New York (CFWNY) yang akan berlangsung di Times Square, New York City, Amerika Syarikat pada 8 September depan.

Erma pernah menyertai sebuah pertunjukan fesyen di Torino, Itali pada bulan Julai lalu. 

Dalam pada itu, Erma masih memberi keutamaan kepada bidang seni biarpun sudah menceburi bidang fesyen. 

Malah, bekas isteri kepada pengarah Bade Azmi ini juga akan menjalani penggambaran drama Mok Cun ketika berada di New York. 

"Fesyen ini sekadar hobi baharu dan baru mula dalam dua tahun lalu. Saya masih lagi beri keutamaan dalam bidang seni. 

"Nanti di New York, saya juga akan melakukan penggambaran drama Mok Cun sebab Umie Aida akan bersama saya di sana. Alang-alang buat saja sekali," ujarnya. 

Erma Fatima

Artikel Berikut

Jangan Tamak Kata Johan

Artikel Lain