suria

“Saya Semakin Tertekan” - Sufian Suhaimi

Sufian Suhaimi tidak melihat perkahwinan pada usia muda sebagai satu masalah besar. Foto LOW LAY PHON

PENYANYI Sufian Suhaimi berasa hairan apabila ada pihak yang kurang senang selepas dia memutuskan untuk berkahwin pada usia muda dengan aktres Elfira Loy.

Menurut Sufian, 25, pertikaian berhubung perkara itu terutama di laman sosial membuatkan dia berasa tertekan namun enggan mengambil serius terhadap tohmahan dilemparkan kepadanya.

"Saya tak rasa itu sebagai ujian bertunang tetapi ujian untuk buat benda baik.

"Kadang-kadang tertekan juga dengan komen netizen tetapi tidak apalah, tak semua manusia itu sempurna jadi kami tidak mahu ambil pusing akan hal itu.

"Mujur keluarga dan rakan-rakan menyokong keputusan saya untuk berkahwin awal dan mendoakan yang baik-baik untuk hubungan kami," katanya.

Elfira dan Sufian bakal mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober depan.

Sufian ditemui di majlis ulang tahun ke-10 rangkaian restoran makanan Korea, Seoul Garden di Melawati Mall, Ampang pada Rabu.

Dalam pada itu, Sufian berkata, dia langsung tidak melihat keputusan untuk berkahwin akan 'membunuh' karier seninya yang baharu sahaja meningkat naik.

Sebaliknya kata Sufian, dia yakin kepada rezeki tambahan pula apa yang ingin dilakukan itu bukanlah perkara jahat sebaliknya yang dituntut agama.

"Bukannya pelik berkahwin awal dan ramai sebenarnya menamatkan zaman bujang pada usia muda.

Sufian turut memeriahkan majlis pembukaan restoran makanan Korea, Seoul Garden di Melawati Mall.

"Keputusan itu juga tidak akan membunuh karier nyanyian saya kerana itu semua rezeki daripada Tuhan.

"Sebagai anak seni saya akan terus berkarya kerana muzik itu misteri, kalau lagu yang dihasilkan bagus tentu orang suka," ujarnya.

Bercakap mengenai perancangan mengikat tali pertunangan dengan Elfira pada 6 Oktober depan, Sufian memberitahu majlis akan diadakan di kediaman keluarga teman wanitanya itu.

Bagaimanapun mereka masih belum menetapkan tarikh perkahwinan namun menjangkakan ia diadakan pada tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Sufian berkata dia baharu sahaja tampil dengan single berjudul Terasa Ada yang dicipta bersama komposer, Sirkhan.

Sufian Suhaimi, Elfira Loy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Terima Kasih 'Hentam' Rosma

Artikel Lain