suria

Wow! Rody (Kristal) Lamar Penjaga Gol

Rody mengenali wanita berkenaan pada April lalu.

PETALING JAYA: Enam bulan berkenalan, gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody akhirnya melamar kekasihnya penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman.

Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 31, berkata, dia melamar kekasihnya itu menerusi laman sosial Instagram miliknya pada Khamis dan merancang untuk menghantar rombongan meminang dalam masa terdekat.

"Saya mula mengenali dia pada bulan April lalu daripada seorang rakan dan hubungan itu semakin rapat kerana kami rasa serasi bersama.

"Tadi (Khamis) saya buat lamaran di laman Instagram dan Alhamdulillah dia terima, Insya-Allah saya dan keluarga akan buat persiapan untuk menghantar rombongan terdekat dalam minggu ini atau minggu depan," ujarnya kepada mStar Online.

'Buat Apa Merisik, Baik Bertunang Terus' - Rody Kristal

Rody mahu bawa hubungan tersebut ke fasa seterusnya.

Dalam pada itu, Rody berkata, dia berasa selesa berkawan dengan wanita berkenaan dan menyifatkan penjaga gol itu seorang yang penyayang.

Katanya, Nur Izwani juga seorang yang sangat baik dan bertanggungjawab.

"Dia sangat baik hati sehingga membuatkan saya rasa dia perempuan paling sesuai untuk saya jadikan teman hidup. Walaupun bidang kami berbeza tapi dia memahami kerjaya saya sebagai anak seni.

"Setakat ini kami tiada masalah dengan jadual dan masa kerja memandangkan dia bekerja dengan kerajaan," ujarnya.

Kata Rody, dia juga merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Rodi Kristal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain