suria

Tumbuk Bangla, Sharnaaz Didenda RM1,200

Sharnaaz Ahmad

KUALA LUMPUR: Pelakon popular Sharnaaz Ahmad didenda RM1,200 selepas mengaku bersalah menumbuk lelaki warganegara Bangladesh di sebuah kelab golf di sini.

Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 32, mengakui menumbuk Gous Ali di muka lelaki itu di Tingkat 1, TPC KL, Kelab Desa & Golf Kuala Lumpur, di mana mangsa bekerja.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada 22 Julai.

Sharnaaz didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam Sharnaaz, Zulkifli Awang merayu hukuman ringan atas alasan pelakon itu insaf dengan perbuatannya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin, bagaimanapun, meminta mahkamah untuk mengenakan hukuman yang akan menjadi pengajaran kepada tertuduh.

Majistret Mahyudin Mohmad Som mengenakan denda RM1,200 yang dibayar oleh pelakon itu.

Suami kepada Noor Nabila itu hadir sendirian ke mahkamah kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Sharnaaz Ahmad

Artikel Lain