EPISOD penipuan penjualan rumah harga murah yang kecoh sejak kebelakangan ini memasuki episod baharu apabila suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu pula dituduh melakukan kegiatan sama. Sebuah blog pada Isnin lalu mendedahkan perbuatan Adnan menerusi syarikat ADN Properties Sdn Bhd yang turut memuat naik video sidang media Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM) membongkar kegiatan penipuan penjualan tanah. Menerusi video berdurasi enam minit itu turut menyelitkan keratan artikel mendakwa Adnan atau Datuk Red terlibat dalam penipuan itu walaupun sidang media dilakukan oleh Pengarah, Unit Tindakan Khas, PPIM iaitu Yusof Azmi itu tidak memperincikan secara jelas siapa dalang sebenar. Adnan ketika dihubungi mStar Online pada Khamis mengakui terkejut dengan penyebaran fitnah terhadap dirinya dan menegaskan dia tidak ada kaitan dengan apa yang dibongkar PPIM dalam video tersebut. "Sidang media dalam video itu sudah lama sekitar bulan Jun lalu dan mereka bercakap mengenai syarikat lain dan bukannya syarikat saya. "Tetapi pihak tidak bertanggungjawab ini menyelitkan artikel seolah-olah mereka sedang bercakap mengenai syarikat saya dan terus menjatuhkan hukum kata saya penipu tanpa mengetahui cerita sebenar. Adnan bersama isteri, Adira dan anak mereka Anggerik. "Jika hendak bercakap tentang peribadi saya silakan... tetapi memfitnah syarikat dan perniagaan saya tanpa usul periksa itu saya tidak boleh terima," katanya. Dalam pada itu, Adnan berkata, dia mengetahui siapakah dalang melakukan penipuan penjualan tanah seperti dibongkarkan PPIM malah sebelum ini pernah membantu persatuan itu menjejaki mereka. "Saya tahu siapa yang sedang diperkatakan Yusof Azmi dalam video itu kerana PPIM pernah meminta bantuan saya untuk menjejak dalang-dalang ini. "Tetapi kami lakukan secara senyap kerana tidak mahu mereka ini tahu aktiviti mereka sedang diperhatikan," katanya. Tambah Adnan lagi, dia menyerahkan kepada PPIM dan pihak polis untuk menguruskan hal ini dan bersedia sekiranya ada bukti mengatakan dia terlibat atau bersalah. "Kalau betul saya terbabit dan didapati bersalah barulah jatuh hukum kepada saya... katalah apa hendak kata. Mintak tolong semua..tolong jgn hukum org yg belum d buktikan bersalah.mintak jasa baik si perlaku yg upload kt youtube n facebook supaya padam pasal sya x suker bawak kes ni ketengah.mner yg nak tau lebih detail dtg opis sya d sungai buloh sekian.sahabat2 semua mintak tolong tekan report article tersebut#adnproperties #jualtanahbukanjualrumah #pergimasjidtaksemestinyaorangtuahlisyurga A post shared by Dato Red is hensem (@dato.red) on Sep 27, 2017 at 10:27pm PDT "Tetapi kami tak terlibat pun dah kena macam-macam fitnah. Apa-apa pun saya serah kepada pihak berkuasa jalankan siasatan," jelasnya. Dalam perkembangan sama, Adnan memberitahu penyebaran fitnah itu memberi kesan kepada syarikatnya terutama kepada pelanggan baharu yang ingin berurusan dengan pihaknya. "Memang beri kesan tetapi ingin saya tegaskan di sini syarikat kami tidak jual tanah orang pihak ketiga tapi saya jual tanah atas nama saya sendiri yang saya beli. "Sebelum sebarang pembelian dibuat kami akan tunjuk dahulu geran asal tanah dan saya bukannya jual rumah," katanya. Adnan melakukan penjualan tanah lot di beberapa daerah antaranya Hulu Langat, Sungai Buloh dan Kajang. Sebelum ini pelakon Datuk Boy Iman dikatakan menipu orang ramai dengan memperkenalkan skim penjualan rumah harga murah dengan syaratt pemohon haruslah mempunyai tanah sendiri.