suria

Ya Ke Kelab... Bukan Mabuk - Elvina

Elvina nafi dirinya sering ke pusat hiburan seperti yang didakwa sebuah akhbar harian.

PELAKON baharu Elvina Mohamad terkejut dengan tuduhan yang mengatakan dia sering dilihat berhibur di kelab-kelab malam sehingga digelar 'kaki kelab'.

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 22, mengaku dia pernah mengunjungi pusat hiburan namun hanya beberapa kali sahaja. 

"Saya mengaku pernah ke pusat hiburan tapi bukanlah setiap minggu seperti yang didakwa. Malah, kali terakhir saya pergi tiga bulan lalu. 

"Kalau orang kaki kelab ini akan pergi setiap hari. Tapi saya hanya pergi beberapa kali sahaja. Jadi, macam mana pula boleh kata saya seperti itu?" soal Elvina ketika dihubungi mStar Online. 

Pelakon Baharu Elvina Terkejut Dituduh Pemabuk

Bagaimanapun, Elvina memberitahu kunjungan dia ke tempat hiburan tersebut hanya untuk menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang kakitangan di syarikat pengurusannya. 

Katannya, ketika itu dia juga ditemani rakan-rakan artis yang lain dan tidak ada melakukan sebarang aktiviti terlarang. 

Elvina mengaku pernah kunjungi pusat hiburan namun hanya untuk meraikan ulang tahun kelahiran teman pengurusan. Foto Instagram: @elvinamohamad. 

"Tujuan saya ke sana pun sebab nak sambut hari lahir salah seorang kakitangan di syarikat pengurusan saya. Bukan pergi untuk mabuk-mabuk atau suka-ria.

"Lagipun, saya bukan pergi seorang. Rakan-rakan artis yang lain dan pihak pengurusan turut ada bersama ketika itu," ujarnya.

Menurut Elvina lagi, dia kini masih berehat selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian rahim pada penghujung bulan September lalu. 

"Saya masih dalam tempoh berehat jadi, memang tak mungkinlah saya boleh pergi ke tempat itu dalam masa terdekat ini," katanya. 

Sebelum ini timbul dakwaan Elvina pernah dikatakan berada keadaan mabuk di luar sebuah kelab hiburan pada tahun lalu. 

Namun pelakon drama Shh.. I Love You ini menafikan dan menganggap dakwaan tersebut paling berat diterimanya sejak menyertai bidang seni setahun lalu.

Elvina Mohamad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain