suria

Hafiz Hamidun Gembira Macam Tiada Apa-Apa

Hafiz Hamidun menempuh ujian rumah tangganya dengan tenang.

PENYANYI Hafiz Hamidun dan keluaganya sedikit pun tidak terkesan dengan segala tohmahan dan cerita kurang enak mengenai dirinya yang hangat diperkatakan termasuklah pendedahan dibuat Joy Revfa.

Hafiz, 33, berkata, jiwanya ketika ini sentiasa tenang, gembira dan mampu meneruskan hidup seperti biasa bersama ahli keluarganya.

"Saya dan keluarga gembira seperti tiada apa-apa. Tiada sebab untuk saya terkesan atau terhina dengan perkara itu.

"Ahli keluarga pun menyokong saya seratus peratus, kami sabar dan teruskan hidup seperti biasa sahaja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

“Saya Juga Nekad Mahu Cerai”- Joy Revfa

Hafiz diminta mengulas mengenai sidang media dibuat isterinya, Joy Revfa atau Siti Arifah Mohd Amin, 30, pada Khamis yang antara lain mendedahkan dia suami yang tidak bertanggugjawab termasuklah gagal memberi nafkah batin.

Dalam sidang media itu Joy mahu menjelaskan perkahwinannya dengan Hafiz yang diragui selama ini adalah sah.

Semua ini hanya tinggal kenangan...

Ia selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa lalu mengesahkan perceraiannya dengan suami pada perkahwinan pertamanya iaitu Mohd Rayos Abdul Rahim telah jatuh talak satu yang berlaku dua tahun lalu.

Dalam pada itu Hafiz berkata, dia dan ahli keluarganya tidak mengambil pusing mengenai apa yang dilakukan oleh Joy itu.

Malah dia memberi amaran kepada Joy dan sesiapa saja agar tidak terus mengaitkan namanya lagi pada masa hadapan.

Joy Buat Sidang Media, Hafiz Fail Cerai

"Sekarang saya sudah ada peguam, saya tak boleh buat apa-apa kenyataan kepada orang ramai.

"Tapi saya nak bagi amaran, kalau ada sebarang kenyataan, kiasan atau apa sahaja fitnah melibatkan saya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," ujarnya.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Hasil perkahwinan Joy dengan suami pertamanya, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Arryan Firdaus kini berusia tiga tahun.

Hafiz Hamidun, Joy Revfa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain