suria

Rumah Ezlynn 'Dirompak' Suami Sendiri

Rumah Ezlynn dipecah masuk suami sendiri.

PENYANYI Ezlynn berang apabila rumah dia telah dirompak oleh suaminya sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 38, pada Ahad. 

Ezlynn atau nama sebenarnya  Azline Ariffin, 35, berkata sebaik sahaja dia pulang, rumahnya tidak lagi mempunyai pagar dan semua barang berharga sudah tiada.

Malah, Ezlynn juga meluahkan rasa kesal mengenai suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang jahat dan tidak berguna.

"Saya balik rumah untuk ini? Rumah saya tidak ada pagar lagi. Apa dah jadi dengan pagar! Barang hilang lagi. 

Ezlynn menyifatkan suami dia seorang yang jahat dan tidak berguna. Foto Instagram: @_ezlynn_.

"Kena rompak... aku kerja hari-hari penat cari duit kau ambil semua duit aku. Sekarang barang-barang semua kau ambil kau rosakan rumah. 

"Kau memang jahat! Suami tak guna, kawan tak guna, pengurus tak guna. Menyesal aku kenal kau seumur hidup aku," kata Ezlynn. 

Ezlynn memuat naik foto keadaan rumahnya di laman Instagram dan mendapat perhatian netizen. 

Menerusi entri tersebut, penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini mendedahkan dia telah menanggung semua hutang-hutang suaminya. 

Menurut Ezlynn lagi, dia tidak akan menghalalkan duit yang telah diambil oleh lelaki tersebut.

Saat indah Adam dan Ezlynn

"Kau buat... hutang aku tanggung semua. Aku diam kau naik kepala. Hutang tidak mahu bayar asyik bercuti saja. Kerja tidak mahu. Ya Allah kau perdengarkanlah hati aku ini ya Allah. 

"Dengarkan doaku ya Allah. Tidak ku halalkan setitik pun keringat aku yang sesen pun duit aku yang kau ambil," ujarnya.  

Pada 20 April lalu, penyanyi itu memfailkan permohonan cerai cara baik terhadap suaminya mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

Bagaimanapun Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan 23 Oktober depan untuk laporan hakam berhubung kes perceraian mereka selepas kedua-dua pihak tetap mahu meneruskan perceraian walaupun selepas melalui proses timbang tara.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Ezlynn

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain