MENERUSI satu foto yang dimuat naik di Instagram, pelakon Erra Fazira berterima kasih kepada aktres Laudya Cynthia Bella. Erra berkata dia senang melihat kehidupan baharu anak tunggalnya, Engku Aleesya yang bahagia bersama ibu tirinya itu. "Bahagia melihat kalian bahagia. Bonda (Bella) jemput Aleesya, maaf Mom belum bersiap tapi sempat juga nak bergambar. "Terima kasih bonda kerana buatkan puteri kami bahagia," tulis Erra menerusi akaun @errafazira. Bahagia melihat kalian bahagia.. ?? . Bonda jemput Aleesya.. sorry mom belum bsiap tp sempat jugak nak bphoto ?.. tq bonda @laudyacynthiabella for making our princess happy.. hugs n kisses ??? A post shared by Eera Chek (@errafazira) on Oct 17, 2017 at 9:53pm PDT Kemesraan yang ditunjukkan pelakon filem Maria Mariana itu turut mendapat perhatian netizen yang memuji keakrabannya dengan aktres popular Indonesia itu. Malah, ada yang memuji sikap kedua-dua wanita cantik ini sebagai contoh yang baik untuk masyarakat di luar sana. "Alhamdulillah, ibu yang baik buat Aleesya, semoga Aleesya membesar sebagai anak yang membahagiakan ibu bapanya dunia akhirat," tulis @wendywinda. "Dua wanita yang boleh menjadi inspirasi ramai orang. Semoga sentiasa dilimpahi kebahagian buat Erra dan Bella," kata @i.dinaapamungkas pula. Bella menyayangi anak tirinya, Aleesya. Foto Instagram: @laudyacynthiabella "Untung Aleesya dapat dua ibu yang sangat penyayang dan mempunyai hati yang mulia," komen @silviastainley. Aleesya, 8, merupakan anak tunggal Erra Fazira hasil perkahwinan dengan usahawan Engku Emran. Terdahulu, Engku Emran bernikah dengan Laudya Cynthia Bella di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 8 September lalu.