PELAKON Shaheizy Sam kini tidak kelihatan seperti dahulu selepas melakukan perubahan pada bentuk badannya. Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 35, semakin sasa atau dipanggil 'sado' berbanding sebelum ini. Sam memuat naik foto yang menayangkan bentuk badan barunya di Instagramnya dan mendapat perhatian netizen. "Di sini panas atau hanya saya sahaja? Owh, Saya suka kerja saya! #InspektorKhai #PolisEvo2," kata Sam menerusi kapsyen yang ditulis. Rata-ratanya memuji perubahan yang dilakukan Sam untuk menjayakan watak sebagai Inspektor Khai menerusi filem Polis Evo 2. Perubahan yang dilakukan Sam untuk menjayakan watak sebagai Inspektor Khai dalam filem Polis Evo 2. "Terbaiklah. Dari Polis Evo 1 selepas itu shooting Polis Evo 2 punya pasal, sado balik. Ini baru mercik," kata salah seorang pengikutnya di Instagram. "Peh dah sado balik. Rambut pun dah potong terbaiklah cik Sam kita ini," kata Beby_Jesz. Melihat foto yang dikongsi, Sam kini sedang menjalani penggambaran filem sekuel Polis Evo 2 yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan. Semasa penggambaran filem itu, Sam turut membentuk badannya dengan cara ke gim bagi memenuhi watak yang dilakonkannya. Selain Sam, pelakon dan pelawak Zizan Razak juga antara bintang utama yang akan menjayakan filem tersebut. Filem Polis Evo berjaya memecah rekod kutipan box office Malaysia dengan mengaut RM17.3 juta setelah 42 hari di pawagam.