suria

“Tak Ada Bakat, Ada Rupa, Boleh Masuk Bengkel” – Nabil

Nabil bakal anjurkan bengkel lakonan dan pengacaraan pada penghujung tahun ini.

PENGACARA Nabil Ahmad mengajak pelakon dan pengacara yang tidak mempunyai bakat namun miliki rupa paras agar menyertai bengkel lakonan yang bakal dianjurkannya. 

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 34, berkata dia mempunyai perancangan untuk membuka bengkel lakonan dan pengacaraan pada bulan Disember depan. 

Menurut pengacara program Meletop ini, tujuan dia mahu meningkatkan kualiti selebriti yang menceburi bidang tersebut. 

"Saya ada perancangan untuk mengadakan bengkel lakonan dan pengacaaran pada penhujung tahun ini dengan tagline 'This Is Where You Learn, There Is The Place You Act'.

"Bukan hanya suka-suka, saya mahu meningkatkan kualiti pelakon dan pengacara di Malaysia. Kalau tak ada bakat tapi ada rupa, apa salahnya masuk bengkel untuk belajar.

Nabil mahu meningkatkan kualiti  pelakon dan pengacara di Malaysia. 

"Daripada bergaduh dan mengutuk sana sini lebih baik kita berusaha," kata Nabil kepada mStar Online. 

Menurut Nabil lagi, harga untuk menyertai bengkel tersebut akan ditetapkan mengikut kemampuan pelakon dan pengacara yang berminat. 

Dalam pada itu, peserta yang sertai boleh memilih tenaga pengajar untuk mengasah bakat mereka menjadi lebih baik.

"Harga saya tetapkan mengikut kemampuan mereka. Manakala mereka boleh datang ke bengkel dua atau tiga minggu sebelum mula penggambaran. 

"Menariknya lagi, yang berminat dalam lakonan boleh memilih tenaga pengajar misalnya Sharifah Amani, Faizal Hussein, Khir Rahman dan Que Haidar.

"Sama juga bengkel pengacaraan, anda boleh memilih untuk dilatih oleh Sharifah Shahirah atau Raja Azura misalnya sebelum mengemudi sesebuah acara," ujarnya. 

Bengkel lakonan dan pengacaraan itu akan dilaksanakan di Gymba Studio, Damansara Utama miliknya dan yuran dikenakan sangat berbaloi serendah RM300.

Nabil Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aeril Zafrel Usik Isteri

Artikel Lain