suria

‘Cakap Ke Tangan’ Stacy

Stacy tampil dengan single terbaharu berjudul Cakap Ke Tangan.

SETELAH hampir setahun berehat dari industri muzik, Stacy kembali dengan single baharu Cakap Ke Tangan yang dicipta khas oleh suaminya, Akim Ahmad.

Menurut Stacy, 27, lagu yang turut dicipta oleh Laq itu membuat dirinya berasa teruja untuk kembali memeriahkan indsutri seni.

"Hampir setahun saya berehat dari melakukan aktiviti seni. Saya hanya fokus terhadap keluarga sahaja.

"Jadi, lagu ini adalah hadiah istimewa dari suami untuk saya buat kemunculan semula," ujarnya.

Dalam pada itu, Stacy yang juga juara Akademi Fantasia (AF) musim Ke 6 berkata, dia berasa agak janggal untuk beraksi di hadapan kamera setelah lama berehat sebagai penyanyi.

Akim menggubah lagu terbaharu untuk isterinya.

Tambahnya lagi, dia berlatih setiap hari untuk membiasakan diri dengan tarian bagi single itu.

Menurut Stacy, mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu Cakap Ke Tangan adalah setiap pandangan positif dan negatif haruslah yang diterima dengan hati yang terbuka.

"Sebagai figura awam, saya tidak  lari daripada menjadi bahan kritikan sesetengah pihak.

"Apabila pandangan yang diberikan agak keterlaluan, saya hanya kata talk to the hand", ujarnya.

Sementara itu, muzik video Cakap Ke Tangan yang dilancarkan menerusi laman YouTube pada minggu lalu sudah ditonton lebih 170,000 kali.

Akim Ahmad, Stacy, Cakap Ke Tangan

Artikel Sebelum

Liza Hanim Bukan Lagi 20-an

Artikel Berikut

Amyra Dapat Hadiah Kereta

Artikel Lain