suria

Tiada Persetubuhan... Hafiz, Joy Revfa Cerai 'Ba-in Sughra'

PETALING JAYA: Selepas melalui pelbagai kemelut dan kontroversi rumah tangga, akhirnya penyanyi Hafiz Hamidun dan usahawan kosmetik Joy Revfa bercerai talak satu. 

Hafiz, 33, melafazkan cerai terhadap Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 30, di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shukran Yusof di sini petang Rabu. 

Mahkamah memaklumkan, talak satu ‘ba-in Sughra’ (Bain Sughra) itu dijatuhkan kerana pasangan berkenaan tidak pernah melakukan hubungan kelamin. 

Mahkamah juga memerintahkan tiada tuntutan daripada kedua-dua belah pihak selepas mereka bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perkahwinan.

Dengan Nama Allah Joy ‘Bersama’, Hafiz Kata Tidak!

Tiada tempoh edah bagi perceraian 'ba-in Sughra' ini kerana pasangan berkenaan tidak melakukan hubungan kelamin dan mereka tidak boleh rujuk kecuali melalui proses akad nikah semula.

Semua ini hanya tinggal sejarah dan kenangan.

Hafiz ditemani pengurus Nasir Deraman dan peguam Azmi Mohd Rais. Dia tiba di mahkamah pukul 2.30 petang. 

Penyanyi itu selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 12 Oktober lalu. 

Joy pula diwakili peguam Aznor Suhaida Dolah. 

Pasangan ini berkahwin pada 1 Mei lalu. 

Sementara itu, Hafiz yang ditemui memberitahu bersyukur kerana kes berkaitan krisis rumah tangganya yang menjadi tatapan umum akhirnya selesai. 

"Akhirnya selesai selepas perjalanan krisis ini yang panjang ini. Saya maafkan dia dan semua yang telah berlaku kerana sebagai manusia saya juga tidak lari dari kesilapan," ujarnya. 

Manakala Joy juga meluahkan rasa lega dengan dan ingin meneruskan kehidupan baharu. 

"Saya dan seisi keluarga berasa lega dan saya mahu fokus kepada anak dan perniagaan," ujarnya. 

Konflik rumah tangga Joy dan Hafiz tercetus selepas Hafiz berasa ragu-ragu dengan status perkahwinan mereka apabila Joy gagal menyerahkan sijil perceraian perkahwinan pertamanya. 

Pada Ogos lalu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Subang Bestari. 

Joy mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun hasil perkahwinan terdahulunya.

Hafiz Hamidun, Joy Revfa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain