suria

Kamal Kata Pada Emma, Zahirah Terhegeh-Hegeh

Zahirah (kanan) tidak mahu dikaitkan menjadi punca perpisahan Kamal dan Emma.

PELAKON Zahirah MacWilson mahu Kamal Adli mengakui kesilapan diri dan tidak mengaitkan nama orang lain atas apa yang telah berlaku.

Menurut Zahirah, 22, dia perlu bersuara kerana tidak mahu masyarakat menganggap dia menjadi punca perpisahan Kamal dan kekasih, Emma Maembong.

"Jadilah seorang lelaki! Kalau ada buat salah mengaku sajalah. Jangan petik nama orang lain.

"Apa niat dia kaitkan nama saya pun tak tahu, mungkin nak sakitkan hati Emma.

"Saya ada hubungi Emma dan dia ada tunjuk paparan perbualan Kamal mengatakan saya terhegeh-hegeh mendekatinya. Apa itu semua!," katanya.

“Saya Dah Penat! Zahirah Keruhkan Keadaan” – Kamal Adli

Nama Zahirah dikaitkan menjadi punca perpisahan pasangan pelakon, Emma Maembong dan Kamal Adli.

Pendedahan tersebut dilakukan secara langsung menerusi temu bual bersama sebuah portal berita pada Rabu.

Terdahulu, Kamal Adli memberitahu mStar Online, dia tertekan dan enggan melayan isu berkaitan hubungannya dengan Emma Maembong, 25, yang dikatakan sudah putus.

Malah dia berasakan tindakan Zahirah, gandingannya dalam drama Duda Pujaan Dara itu mengeruhkan lagi keadaan.

Sementara itu, Zahirah berkata dia tidak mahu bermusuh atau mempunyai masalah dengan Emma Maembong.

Dalam hal ini dia memahami perasaan seorang wanita apabila disakiti oleh teman lelaki.

"Saya tak membenci Emma, tak mahu bermusuh dengan dia atau sesiapa. Saya faham perasaan Emma, pasti dia risau kalau teman lelaki buat hal macam ni.

"Saya minta maaf kalau ada menyakitkan hati Emma tapi percayalah saya tidak terbabit dalam hal ini," katanya.

Zahirah mengakui tiada istilah cinta lokasi antaranya dan Kamal Adli.

Dalam pada itu, Zahirah bersama teman lelakinya Zul Ariffin telah bertemu Kamal Adli dan Emma Maembong membincangkan mengenai isu ini kira-kira tiga minggu lalu.

Bagaimanapun dia terkejut apabila membaca kenyataan Emma disebuah akhbar yang mengaitkan dirinya menjadi punca perselisihan faham antara mereka pertengahan bulan lalu.

"Semasa itu saya terkejut kerana kita baru bertemu dan berbincang mengenai perkara ini. Selepas pertemuan tersebut, tiba-tiba keluar artikel 'Tanyalah Zahirah'. Bila saya baca artikel tersebut, saya ambil keputusan untuk diamkan diri kerana sibuk shooting di Johor.

"Cumanya pagi tadi nama saya dikaitkan semula menjadi punca perpisahan mereka, bermula daripada situlah saya rasa perlu untuk bersihkan nama saya," katanya yang mahu menyelesaikan isu ini secepat mungkin kerana bakal berlepas ke luar negara bagi menjalani penggambaran drama Laluna.

Kamal Adli, Zahirah Macwilson

Artikel Lain