KONTROVERSI antara Kamal Adli dan Zahirah MacWilson nampaknya masih belum reda apabila aktres berkenaan menganggap kenyataan pelakon itu hanya untuk menyelamatkan diri. Zahirah, 22, bagaimanapun berkata, dia tidak gentar dan mempunyai bukti yang cukup berkaitan tuduhan aktor tersebut. "Hi, semuanya berada dalam keadaan baik Alhamdulillah. Saya sudah tahu tentang kenyataan itu dan tidak mengapa. "Bukti semua sudah ada, dia boleh bercakap apa yang dia mahu. Dah petik nama orang, dia perlu selamatkan diri dia juga," ujarnya menerusi Instagram pada Sabtu. Zahirah mengulas perkara itu ketika ditanya salah seorang pengikut di laman sosial tentang kenyataan Kamal pada malam Jumaat. Kamal mendakwa kontroversi percintaannya dengan Emma Maembong menjadi parah disebabkan Zahirah yang cuba menikam dari belakang sedangkan perkara itu sudah diselesaikan secara baik sebelum ia dilaporkan media. Kamal berkata, dia sudah situasi sebenar kepada Emma dan teman lelaki Zahirah iaitu Zul Ariffin menerusi tiga pertemuan sebelum ini malah meminta maaf kepada aktor itu sekiranya wujud salah faham. Sementara itu, Zahirah yang kini berada di Bosnia berharap orang ramai dan netizen tidak menyebelahi mana-mana pihak sehingga menyebabkan pergaduhan di laman sosial.