PENYANYI Elyana membayangkan berkemungkinan tidak berkasut sepanjang menjayakan Gegar Vaganza musim keempat (GV4). Elyana atau nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal kepada mStar Online berkata, dia lebih selesa berkaki ayam dan seakan-akan sudah menjadi treadmark dirinya sejak bergelar penyanyi. "Sejujurnya, saya masih selesa berkaki ayam ketika menyanyi di pentas dan tak ada masalah tentang hal ini. Elyana selesa berkaki ayam ketika menjayakan persembahan pentas. "Orang pun kenal karakter saya dan tahu Elyana sering berkaki ayam di pentas, jadi saya okay sahaja. Dalam masa yang sama dapat jimat beli kasut, boleh simpan duit tu untuk anak," katanya berseloroh. Dalam persembahan minggu pertama GV4, Elyana tampil berkaki ayam ketika menyanyikan lagu Tak Tercapai Akalmu. Persembahannya dengan imej tidak berkasut mengulangi identiti serupa yang pernah dilakukannya semasa Anugerah Industri Muzik 2005. Bagaimanapun, penyanyi berusia 30 tahun ini berkata, dia perlu mempertimbangkan kesesuaian terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan tersebut. "Saya kena fikirkan kesesuaian, kalau lagu tersebut memerlukan saya berkasut, saya akan pakai. "Begitu juga dengan soal keselamatan, banyak aspek yang perlu saya titik beratkan. Konsert GV4 minggu pertama menyaksikan Elyana merangkul gelaran Anugerah Gelora Vida Vaganza. "Kalau nak tahu, hari itu peminat datang menyokong di dewan tanpa kasut, namun dihalang masuk atas faktor keselamatan, terpaksa sarung semula kasut," katanya. Dalam pada itu, Elyana memaklumkan dia kini mengikuti kelas vokal bagi menambah ilmu pengetahuan mengenai muzik. Jelasnya, dia mengikuti kelas tersebut kerana mahu mempelajari lebih banyak hal berkaitan muzik yang mungkin selama ini tidak diketahui. "Saya mengikuti kelas vokal untuk bina keyakinan diri dan belajar mengenai ilmu asas berkaitan muzik. "Saya memang tak pernah ambil kelas berkaitan muzik, jadi selepas ini saya akan lebih faham apa yang dikomen oleh juri," katanya yang mengikuti kelas bersama Cikgu Arol.