suria

PM Tak Melawat Penang Ke? Fathia Terima Padah

Fathia Latiff sekali lagi jadi sasaran netizen di Twitter.

HASRAT pelakon kontroversi Fathia Latiff di laman sosial Twitter dalam berkongsi pandangannya terhadap isu semasa nampaknya sekali lagi mengundang padah.

Kebimbangan Fathia terhadap banjir yang melanda Pulau Pinang ketika ini menarik perhatian pengikutnya apabila pelakon itu memuat naik status bertanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada melawat negeri berkenaan ataupun tidak?

"Assalamualaikum Prime Minister, tak pergi ke jenguk-jenguk #Penang?" tulisnya.

Seperti biasa, status itu mengundang kemarahan netizen yang menganggap Fathia tidak sepatutnya membuat status itu dan menyifatkan dia sebagai seorang artis yang hanya tahu bercakap.

Malah ramai meminta agar Fathia sendiri pergi ke Pulau Pinang dan menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana itu daripada hanya bercakap di Twitter.

Antara komen netizen.

"Kau ingat PM tiada kerja lain ke... pasal banjir ni banyak je pihak lain boleh uruskan... kenapa kau sendiri tak turun membantu jadi sukarelawan.

"Biadap, setakat provokasi macam ini. Perdana Menteri kerja berfokus dan kau jadi artis nampaknya tiada fokus.

"Kontroversi begini tidak membantu kau!

Orang-orang Perdana Menteri ramai pergi membantu. Cik 'Bigo' bila nak pergi membantu?," tulis beberapa netizen di Twitter.

Netizen turut tidak berpuas hati dengannya apabila Fathia dikatakan menyekat akaun pengikutnya yang meninggalkan komen negatif berhubung status itu.


Fathia didakwa tidak dapat menerima kritikan terhadapnya dan meminta pelakon itu agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan selepas ini.

Bagaimanapun Fathia dalam satu komen balasnya menjelaskan dia bertindak demikian kerana komen ditinggalkan tidak senonoh.

Malah netizen mengaitkan kembali kontroversi melanda aktres itu sebelum ini sebagai sasaran terhadap Fathia.

Sebelum ini Fathia dikritik apabila kesilapannya mentafsir tajuk berita dari The Star Online bertajuk "Khairy: Malaysia to be cashless society by 2050" sebagai tidak relevan kerana negara tidak lagi menggunakan wang bagi sesuatu urusan pada tahun berkenaan.

Dalam pada itu Najib sudah membuat lawatan di Pulau Pinang pada Selasa sambil meninjau keadaan banjir di negeri itu ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Fathia Latiff

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain