PEMILIHAN warna baju pelakon Farah Nabilah ketika menjadi pengapit pada malam pernikahan rakan baiknya, Izara Aishah bukan atas kehendaknya. Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 25, berkata Izara yang mahu pengapit lelaki dan wanita memakai pakaian warna tersebut supaya kelihatan cantik dalam gambar. "Bukan saya yang minta atau sengaja nak warna baju sama dengan pengantin. Tapi ia adalah kehendak Izara sendiri. Foto yang dimuatnaik Kilafairy mengundang kecaman netizen terhadap Farah. Foto Instagram: @kilafairy. "Dia nak nampak cantik, semua warna sama. Malah, bukan saya seorang sahaja pakai putih. Pengapit lelaki pun sama. "Kalau lihat pelamin dan hiasan juga putih. Jadi, tidak ada istilah saya nak 'overshadow' pengantin," kata Farah kepada mStar Online. Selain persalinan Izara pada malam pernikahannya Khamis lalu menjadi perhatian, Farah yang ditugaskan menjadi pengapit turut terkena tempias. Farah ditugaskan menjadi pengapit pada malam pernikahan dan resepsi Izara dan Adib. Foto Instagram: @farahnabilahofficial. Menerusi foto yang dimuatnaik pelakon Kilafairy, netizen mempertikaikan penampilan Farah yang memakai baju sedondon dengan pasangan pengantin. Rata-ratanya menegur bahawa baju yang dikenakan Farah tidak sesuai di majlis perkahwinan. Terdahulu, ramai peminat tidak menyangka Farah dan Izara sudah berkawan baik sejak di bangku sekolah.