suria

“Jangan Risau Saya Okey” - Roslan Saleh

Roslan Saleh menjelaskan keadaannya tidak membimbangkan dan semakin pulih. Foto Facebook ROSLAN SALEH

PETALING JAYA: Pelakon Roslan Saleh tidak menyangka perkongsian gambar di Facebook peribadinya yang memperlihatkan dia sedang duduk di atas katil dengan kaki berbalut sambil berpaut pada tongkat mendapat perhatian ramai.

Roslan, 60, ketika dihubungi menjelaskan keadaan dirinya tidak membimbangkan cuma kaki kirinya bengkak dan menyebabkan dia sukar bergerak akibat terjatuh.

"Sebenarnya sudah seminggu saya terbaring kerana kaki sebelah kiri bengkak dan kejang selepas dua kali terjatuh ketika menjalani penggambaran.

"Bosan juga duduk di rumah tidak berbuat apa-apa. Jangan risau saya okey, semakin sihat dan tiada yang serius," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Roslan dibawa ke hospital selepas terjatuh basikal pada 8 November lalu.

Menceritakan kejadian sebenar, Roslan berkata, dia jatuh ketika menjayakan penggambaran sebuah iklan di Lurah Bilut, Pahang namun kecederaan itu tidak serius.

Ketika kejadian kaki seluarnya tiba-tiba tersangkut pada pedal basikal sebelum terjatuh.

"Alhamdulillah saya cepat ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana bimbang terdapat luka kerana saya pesakit diabetes.

"Namun syukur tiada apa-apa cuma kaki kiri sedikit bengkak akibat jatuh dari basikal," katanya.

Roslan bersama isterinya.

Tambah pelakon yang terkenal menerusi watak antagonis ini, dia sekali lagi bernasib malang apabila terjatuh buat kali kedua ketika menjalani penggambaran drama bersiri Isteri Yang Diiktiraf di Tanjung Karang, Selangor lebih seminggu lalu.

"Ini yang buat saya sampai tidak boleh bergerak sebab kaki kiri kejang dan sakit sehingga hendak ke tandas pun sukar.

"Saya pun dah bosan asyik duduk dalam rumah dan tidak dapat bekerja seperti biasa. Mujur keadaan saya sudah beransur pulih dan sudah boleh bergerak," katanya.

Sementara itu, Roslan berkata, dia berterima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya dan berharap dapat segera pulih.

Roslan Salleh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain